Sambutan Hari Jadi Mak

9:18:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu!Hari nie Kak Sue dan family balik kampung mertua untuk sambutan hari jadi mak mertua dan dua orang anak buah Kak Sue.Sebenarnya hari jadi mak dan anak buah dah lepas dah hari tu,tapi kami adik beradik mengambil kesempatan nak berkumpul adik beradik dah alang -alang semua free dan cuti hari nie sambil kami buat makan-makan sikit kat rumah mak...

Kak Sue buatkan Kek Butter untuk mak nak bawak balik ke kampung,saja la buat untuk mak dan anak buah,buat tambah-tambah menu gitu sebab tau kalau kat rumah mak nie memang mewah dengan makanan.Macam-macam menu yang di sediakan,memang best!

Brownies Kedut Kak Sue buatkan juga untuk anak-anak buah,senang sikit buat kek gini kalau nak jalan jauh,kalau ada cream tu leceh sikit kan.Kek nie juga salah satu kek kegemaran anak dara Kak Sue,lama tak buat jadi buatkan lah semalam boleh makan sama-sama hari nie..

Alhamdullilah,semua anak menantu dan cucu,cicit mak dapat berkumpul hari nie..semoga aktiviti macam nie dapat diteruskan dalam usaha mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..che wah!Salam sayang untuk semua..papai!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jom Belajar Apa Itu POI

9:26:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak bercerita berkenaan dengan photography lagi.Maklum lah semenjak dua menjak dok belajar pasal mobile photography nie kemain semangat gitu Kak Sue.Apa itu POI?Ia adalah singkatan dari perkataan Point Of Interest yang bermaksud subjek yang kita nak tonjolkan dalam gambar yang kita ambik.

Apa tujuan gambar yang kita ambik tu dan apa yang kita nak tunjukkan.Jadi masa kita nak edit gambar tu,kita fokus pada subjek yang kita nak tonjolkan itu.Untuk cantikkan gambar sebenarnya adalah dari mula kita ambik gambar lagi,edit tu cuma penambah rasa aje bak kata SueHana..

Nanti Kak Sue tunjuk contoh gambar yang di kongsi oleh seorang lagi kawan Kak Sue yang rasanya dah berjaya dalam bidang photography nie,SueHana Lee.Beliau merupakan photog pada company Itsbabies,dan kalau ada antara korang yang berminat dengan perkhidmatan beliau boleh la hubungi beliau kat sini SueHana Lee untuk sebarang majlis dan Kak Sue gerenti korang akan berpuashati dengan perkhimatan beliau.Jom kita tengok contoh gambar yang Kak Sue cakapkan tadi

Ini gambar sebelum edit

Ini gambar selepas edit menggunakan Snapseed,tapi tak banyak edit pun cuma gelapkan back ground untuk serlahkan subjek.Memula kita Crop,kemudian Tune Image, Len Blurs, Vignette dan last sekali Sharpening.Cantik kan gambar nie,kredit to SeuHana,gambar nie SueHana share dengan Kak Sue sebagai penerangan dan contoh cara edit gambar untuk tonjolkan subjek dalam gambar.Terima Kasih Sue luangkan masa untuk Kak Sue,harap bermafaat juga untuk korang.Selamat mencuba,Papai!


0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tempat Makan Feveret Family di Orchid Bistro

9:32:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,selalunya tempat makan feveret family kita haruslah tempat yang kita rasa selesa,bersih,tenang dan servis yang bagus kan.Kadang bila kita keluar makan bersama family kita,kita nak sembang-sembang sambil lepak santai gitu.Tempat pilihan Kak Sue dan family ialah di Orchid Bistro Eon,Anggun Rawang.Kalau ke Eon Anggun Kak Sue kerap singgah kat sini,sebab ada berbagai pilihan menu hidangan barat dan citarasa asia serta selesa sangat kat sini

Antara menu pilihan family Kak Sue ialah Nasi Goreng,Chicken Chop,Beef Steak dan Mee Kari.Di sini sos di hidangkan asing ke dalam mangkuk,jadi kita boleh pilih samada nak curah atau celupkan aje hidangan kita itu.Kadang kalau dah curah sesiap kuah tu,kalau lambat makan ke apa,hidangan kita tu jadi lembik dan kembang tambah kalau chicken chop kan.Bila di hidangkan asing macam nie bagus jugak.Terdapat dua pilihan sos kat sini,iaitu black pepper dan mushroom sos,tapi family Kak Sue lebih suka black pepper sos.Minuman kat sini pun banyak pilihan menarik,tapi anak-anak Kak Sue biasanya order Limau Ais aje,memang feveret mereka la kalau makan kat mana-mana memang itu lah yang jadi pilihan,Teh O Ais Limau dan Teh O Panas pula untuk Kak Sue dan Abang Man..

Teh O Panas

Teh O Ais Limau

Nasi Goreng bersama Ayam Black Pepper Sos

Beef Steak dan Black Pepper Sos

Mee Kari

Di sini juga ada masakan goreng panas,breakfast hingga la ke dinner.Jadi kalau korang jalan-jalan kat Eon Anggun Rawang tu meh la singgah sini,pasti puashati dengan pilihan menu yang ada kat sini dengan harga yang sangat berpatutan.Jumpa lagi,Papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Gambar Pertama Edit Guna Snapseed

10:13:00 PM Kak Sue 7 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue sakan la dok edit gambar.Tengah semangat nie,benda baru belajar kan,pilih gambar yang lama-lama kat galeri pastu edit ikut suka hati Kak Sue je..hihihi,syok sendiri!Kata orang practice make perfect,che wahh..Sudi-sudikan la menjamu mata tengok gambar-gambar Kak Sue yang dah Kak Sue edit nie ye,terima kasih..
Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas

7 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Mobile PhotoGrafi | Jom Kita Belajar Teknik Basic Edit Gambar

11:00:00 PM Kak Sue 11 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue belajar benda baru dari kawan yang Kak Sue kenal kat facebook yang sama minat dengan Kak Sue,iaitu photography.Kak Sue sebenarnya memang suka ambik gambar,tak kira gambar apa pun kalau nampak menarik je lelaju Kak Sue snap,tetapi kebanyakan gambar yang Kak Sue ambik banyak gambar makanan je,dan ada la sikit gambar-gambar yang lain.Ambik gambar pun main bantai je,tak ada teknik yang tertentu pun..
Sebenarnya dah beberapa kali Kak Sue nampak kawan Kak Sue yang bernama Sufi nie post gambar yang cantik kat facebook,tapi Kak Sue ingatkan gambar tu di ambil dari camera DSLR atau camera yang mahal.Sekali hari nie Kak Sue terpandang lagi post beliau di news feed Kak Sue,dah menang tempat ketiga Mobile PhotoGrafi,baru Kak Sue tau yang selama nie Sufi ambik gambar guna handphone aje.Tahniah Sufi!Lelaju la Kak Sue tanya beliau..nanti Kak Sue kongsikan teknik basic edit gambar yang telah di ajarkan oleh Sufi kat bawah nie ye.Jom kita tengok sama-sama..

Step 1. Download dan istall aplikasi Snapseed
Step 2. Klik open aplikasi Snapseed
Step 3. Klik pada open photo
Step 4. Klik open photo,kemudian kita di minta memilih gambar yang nak di edit dari galery kita

Step 5. Klik pada icon pensil,kemudian akan view option untuk proses pengeditan.Tool dan Filter

Step 6. Pilih transform untuk adjust posisi gambar kita,kalau gambar senget ke apa boleh adjust kat sini ye

Step 7. Dalam tranform nie ada vertical,horizon dan rotation.Kemudian gerakkan screen ke atas atau bawah untuk setting dan kiri-kanan untuk adjust.Bila dah siap,kita boleh tanda tick seperti dalam gambar di atas

Step 8. Kemudian klik pada icon pensil tadi,kemudian pilih crop

Step 8.1 Kemudian klik pada bulatan hijau untuk pilihan seting ukuran

Step 8.2 Kemudian gerakkan kiri-kanan pada petak hijau tu uttuk memilih yang bersesuaian
Step 8.3 Manual crop,boleh pilih option free
Step 8.4 Bila dah siap,seperti di atas pilih tanda tick

Step 9. Seterusnya pilih ikon pensil,kemudian pilih tune image
Step 9.1 Tool pilihan nie untuk adjust kecerahan gambar
Step 9.2 Bila dah siap adjust semua,klik tand tick

Step 10. Bila dah siap,kita rasa puashati boleh tekan save,tapi kalau kita rasa masih tak puashati dengan gambar kita.Kita boleh klik pada bulatan kuning tu ye
Step 11. Dah siap edit semua,pastikan korang klik atas sekali last edition korang
Step 12. Dah siap,klik Close

Step 12. Pada setiap tool edit yang kita pilih,terdapat tanda (?) seperti dalam bulatan merah dalam  dan tanda pintu di buka dalam gambar di atas
        12.1 Tnada (?) adalah snapseed helper,kalau kita klik kat situ ia akan bagi panduan macam mana kita nak gunakan tool tersebut
     12.2 Tanda seperti pintu pula,adalah untuk bandingkan gambar asal dengan gambar yang telah kita edit tadi

Step 13. Korang juga boleh besarkan gambar bagi memudahkan kerja mengedit gambar korang tu.Cuma drag atau zoom kepada gambar aje

Ha,dah siap pun edit gambar nie.harap dapat membantu la cara nak edit gambar mengunakan handphone nie ye.Kak Sue pun masih belajar lagi.Nanti ada teknik yang lain Kak Sue kongsikan kat sini lagi.Semoga bermafaat untuk korang ye..Papai!!


11 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

1:13:00 AM Kak Sue 0 Comments


Assalamualaikum semua,apa khabar hari ini?Rasa teruji kesabaran betul pada hari sabtu tempohari.Sedih,kecewa dan marah bercampur baur rasa perasaan Kak Sue nie.Terima kasih pada semua kawan-kawan dan family yang memberi kata semangat..

Allah bagi dugaan semua ikut kemampuan diri kita masing-masing.Terpulanglah pada diri kita bagaimana nak tangani ujian itu.Sesungguhnya Allah nak uji samada kita redha atau tidak dengan setiap perkara yang telah ditentukan olehNya.Jangan kita tambah titik soal,di mana Allah dah letak titik noktah kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Perlawanan Piala Sultan Selangor Di BATALKAN!

12:50:00 AM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum semua,perlawanan Piala Sultan Selangor di BATALKAN malam tadi akibat JEREBU!Itu aje nak bagi tau,sekian terima kasih!


3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jom Tengok Bola Di Stadium Shah Alam

10:02:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,selamat pagi.Hari nie kalau korang tak ada apa aktiviti nak buat jom kita pakat tengok bola kat Stadium Bolasepak Shah Alam.Hari ada game Piala Sultan Selangor iaitu Malaysia melawan Singapura yang bermula dengan pasukan veteran Malaysia melawan veteran Singapura pada pukul lapan malam.Manakala Skuad Utama pula bermain pada pukul sembilan malam pilihan Malaysia menentang pilihan Singapura bagi menentukan juara bagi Piala Sultan Selangor 2015

Acara Piala Sultan Selangor diadakan setiap tahun di Stadium Shah Alam yang di ilhamkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melibatkan pasukan pilihan serta veteran Selangor dan Singapura bagi mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.Baginda juga merupakan penaung kejohanan yang di perkenalkan sejak 2001 ketika itu di kenali sebagai Piala Pemangku Raja Selangor.

Bagi yang tak dapat hadir ke stadium malam ini,perlawanan ini akan di tayangkan secara langsung di saluran TV3.Harap jerebu makin berkurangan dan pasukan Selangor boleh menang lah ye malam nie..Jumpa di sana,Papai!!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Aktiviti SkateBoard di Extream Park,Shah Alam

6:57:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,selamat petang semua.Semalam sambil Kak Sue temankan Abang Man hantar order Kelapa Laut,Kak Sue ajak semua anak-anak Kak Sue ikut sekali.Kesian pulak tengok asyik memerap dalam rumah aje.Asyik-asyik tengok TV,main PSP pastu tidur,sampai naik boring dah kata anak-anak.

Selesai buat penghantaran Kelapa Laut kami pun singgah di Extream Park Shah Alam,tempat permainan sukan lasak berhampiran Stadium Shah Alam.Ramai juga petang semalam dan ada berbagai lapisan umur dan jantina,wah gitu..ehehe.Ada anak-anak kecil dan dewasa,perempuan pun ada main skateboard,hebat betul..!Anak-anak Kak Sue pun apalagi,dah tak sabar-sabar dah nak ber skateboard,tapi Kak Sue suruh main jauh sikit dari mereka yang lain.Nampak yang lain tu macam dah pro,kang terlanggar pulak satu hal pulak kan

Peace Yo!Adik dah tak sabar nak skate,tapi sebab lama dah tak main jadi takut-takut nak lompat,nak buat skill yang biasa depa buat.Tak apa lah nak,nanti dah habis jerebu kita datang lagi ye..Kita belajar dengan abang-abang yang dah pro kat situ ye..

Akhirnya Adik memberanikan diri,kemahin lepas tu betul-betul lepas gian asyik terkurung je dalam rumah.Berpeluh-peluh dah anak Ibu nie..

Haaa..dah sampai ke sana dalam dia kata takut nak skate tadi.Sini memang luas dan sesuai untuk skate.Selain skate ada beberapa lagi tempat untuk sukan lasak nie.Kak Sue dah datang beberapa kali,cuma perasan wall climbing tu je..ehehe..Nanti kalau lapar atau dahaga ada restoran makanan ringan berhampiran..

Ini Abang Tihie anak nombor dua Kak Sue,kalau Abang nie,memang tak kenal erti takut!Kalau tak,tak ada la kaki dia berbirat la,luka sana,koyak sini.Memang minat dengan sukan lasak,kat sekolah pun pernah mewakili kawad kaki.Sekarang tengah training pemilihan sukan untuk kelab bola yang Abang join.Hari-hari training muka pun dah terbakar..

Abang nie susah betul kalau nak ajak bergambar,candid je gambar dia.Berpeluh jugak la anak-anak Ibu semalam.Seronok dapat lepaskan gian ber skateboard,lama sangat dah depa tak dapat main kat luar macam nie.Balik singgah makan malam di restoran fast food kat situ.Surau pun dekat je,jadi tak risau la anak bersukan sampai tak ingat nak solat kan.Ibu doakan anak-anak Ibu berjaya dengan apa yang di impikan dan teruskan dengan sukan yang di minati,Sayang anak-anak Ibu..


4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Delivery Kelapa Laut MAN JAVA

10:15:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,lama betul Kak Sue tak update pasal Kelapa Laut kan,masih ada order yang masuk,cuma tak sesibuk macam bulan puasa.Alhamdullilah hari nie delivery Kelapa Laut Man Java untuk beberapa tempat antaranya Selayang,Shah Alam,Muar,Kuantan dan Taiping.Terima kasih kepada semua pelanggan kami yang sentiasa mempercayai perkhidmatan dan produk pengeluaran kami Kelapa Laut Man Java

delivery kelapa laut man java
Kelapa Laut MAN JAVA

Delivery Kelapa Laut MAN JAVA

Untuk delivery Kelapa Laut MAN JAVA pihak kami akan kenakan caj delivery untuk Lembah Klang dan luar Lembah Klang dengan kadar yang bersesuaian.Untuk delivery kawasan Lembah Klang akan diberitahu pick up point semasa membuat conformation pembelian.Untuk luar Lembah Klang pula kami akan beritahu bila dan pukul berapa barang akan dihantar dan perlu diambil.Harap dapat berikerjasam ya..

delivery kelapa laut man java
Kelapa Laut MAN JAVA
Kak Sue doakan semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki,dipermudahkan semua urusan kita dan lebih maju dalam perniagaan masing-masing.Bagi yang berminat untuk order produk kami boleh hubungi di nombor telefon berikut Man Java 012 5854998 / 012 5844736.Sekian,terima kasih sekali lagi






4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Shopping Online di Zalora Malaysia Mudah dan Cepat

9:57:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,selamat malam semua.Alhamdullilah,hari nie Kak Sue menerima bungkusan dari Zalora Malaysia.Kak Sue nak mengucapkan terima kasih pada Zalora kerana telah memberikan Kak Sue voucher shoping online barangan Zalora.Voucher tersebut sebenarnya tamat tempoh pada bulan Disember nanti,tapi Kak Sue takut terlepas pandang,Kak Sue terus aje order pada hari isnin lepas

Untuk menebus voucher Zalora tersebut Kak Sue di berikan kod khas yang perlu di masukkan selepas Kak Sue membeli belah di Zalora online.Selepas memilih barang yang di sukai kita terus klik add to bag kemudian,pilih a gift card or promo code,bagi yang ada voucher macam Kak Sue la kan.Kemudian boleh pilih check out kalau kita dah rasa puashati dengan pilihan barang yang kita nak beli tu.Lepas tu tunggu email dari Zalora untuk confirmkan order kita.Kak Sue pilih Mango Bag dan Loufu Flip Flop,puashati sangat,mudah dan cepat!Terima kasih sekali lagi Zalora

Pesanan akan sampai di alamat yang kita berikan dalam masa satu - tiga hari bekerja,lebih satu hari untuk penghantaran ke Brunei,Sabah dan Sarawak.Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi di no 0320356622 atau customer@zalora.com.my.Selamat membeli belah di Zalora..Papai!!



3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Hobi Lama Kembali,Jom Mewarna

9:45:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,selamat malam.Sejak dua menjak nie Kak Sue mulakan balik hobi Kak Sue yang lama dah Kak Sue tinggalkan,iaitu mewarna!Antara hobi Kak Sue ialah mewarna buku,tak kira lah buku apa pun.Dulu masa Kak Sue mengandungkan Kakak anak sulung Kak Sue,Kak Sue suka sangat mewarna.Kadang ambil buku anak buah Kak Sue,gambar carton pun jalan.Janji boleh layan mewarna,sebab tu Kakak pun minat mewarna dan pernah menang tempat pertama dalam pertandingan mewarna lagi

Sebenarnya hobi mewarna nie datang balik bila Kak Sue terpandang post di facebook kawan Kak Sue yang mewarna sebagai hobi dan sambil menunggu anak beliau habis tuisyen.Nampak macam cantik je,macam best je..jadi Kak Sue pun tanya la kawan tu rupanya beliau beli buku tersebut disekolah dan dah kehabisan stok.Akibat tak sabar nak tunggu stok buku sampai Kak Sue install le dulu aplikasi Mandalas Colouring Book,itupun tengok kawan tu juga lah post di facebook

Kak Sue pun apalagi,lelaju la install,sekarang kan zaman dah maju,nak colouring book pun boleh guna handphone.Search je kat playstore colouring book,keluar memacam buku pilih je nak yang mana satu.Kak Sue pilih Mandalas Colouring Book,buku untuk orang dewasa..

Nah..tengok hasil dari skil mewarna Kak Sue,cantik tak?Memula Kak Sue cuba corak yang mudah je dulu,nanti boleh cuba corak yang lebih mencabar sikit.Kadang menduga skill dan minda juga bagi menghasilkan padanan warna agar nampak cantik dan menarik..Korang tak nak cuba?Jom mewarna sama-sama jomm..Papai!!

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.