Jeruk Mangga Asam Boi

4:02:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,sekarang nie tengah musim buah mangga kat rumah Kak Sue.Alhamdullilah tahun nie semakin lebat buahnya.Dapatlah Kak Sue bawak balik ke kampung Kak Sue,kampung mertua dan sedekah pada kawan-kawan,puas la makan kali nie..Dah berbuah banyak macam nie,Kak Sue pun boleh di katakan kerap jugak lah buat Jeruk Mangga Asam Boi yang pernah meletup-letup tahun lepas,ingat tak?
Hari nie Kak Sue kongsikan lah cara nak membuatnya,senang je sebenarnya.Bahan pun senang nak cari dan puas makan kalau buat sendiri nie.Kadang sambil masak tu Kak Sue terus buatkan sebalang untuk family Kak Sue,nanti petang sikit dah boleh makan.Kalau nak perap lama sikit pun boleh.okaylah jom kita tengok cara yang sangat mudah.

Jeruk Mangga Asam Boi
Bahan2nya
4 biji mangga muda
15 hingga 20 biji asam boi putih
10 hingga 15 biji cili padi (terpulang pada selera memasing ye)
2 sudu besar gula pasir
sedikit garam (kalau suka)

Cara2nya:
Cuci bersih mangga tadi dan potong nipis-nipis
Kemudian potong cili padi kecil-kecil
Masukkan gula dan garam kedalam bekas yang berisi mangga dan cili padi,gaul rata
Siap dah,boleh la biarkan sekejap atau simpan dalam peti sejuk
Tak perlu tambah air tau,sebab nanti memang akan mengeluarkan jus dari buah dan gula
Mudah je kan,selamat mencuba nanti...Papai!!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Ayam Lemon Dan Kentang

8:14:00 PM Kak Sue 3 Comments

Assalamualaikum,hai apa khabar semua hari nie? Alhamdullilah hari nie anak-anak dah mula bersekolah.Jerebu pun makin kurang di kawasan perumah Kak Sue nie.Hari nie mood nak ke dapur,Kak Sue nampak resepi yang dikongsi di facebook Laila Mee Udang nampak sedap dan menarik je resepi Ayam Lemon dan Kentang.Bahan-bahan dalam resepi ayam lemon dan kentang nie pun ringkas dan mudah kita nak dapatkan.Yang mana tak ada tu Kak Sue gantikan dengan bahan yang lain.Kerja nak menderhaka resepi aja ye..ehehe..Okaylah jom kita tengok bahannya dan cara nak masak resepi nie..


resepi ayam lemon dan kentang
Ayam Lemon dan Kentang

Resepi Ayam Lemon dan Kentang


Resepi Asal - Page Resepi Kek & Biskut Raya
Bahan-bahan :
3 sudu minyak zaitun (Kak Sue guna minyak jagung je)
6 ketul paha ayam (Kak Sue guna lebih)
1 biji bawang holand (di hiris kasar)
2 ulas bawang putih (di cincang,Kak Sue guna 3 biji)
6 biji kentang (di hiris halus,Kak Sue guna 3 biji je)
1 cawan rebusan stok ayam (Kak Sue guna satu kiub ayam dan 2 cawan air)
2 sudu perahan lemon
1/2 epal cider
Garam dan lada hitam
Beberapa batang rosemary (Kak Sue gantikan dengan bay leaves)
Sedikit Asparagus

Bahan Perhiasan
1/2 hirisan keju parmesan
6-10 hirisan lemon

resepi ayam lemon dan kentang
Antara bahan resepi Ayam Lemon dan Kentang

Cara-caranya :
Panaskan minyak dalam pan dengan api sederhana
Perapkan ayam tadi bersama garam dan lada hitam beberapa minit
Bakar ayam tadi sehingga keperangan,kemudian asingkan ayam tersebut
bekas minyak tadi boleh la,mula menumis bawang besar selama 1 minit
Masukkan bawang putih,gaulkan sebentar
Kemudian masukkan kentang dan taburkan lada hitam dan garam
Masukkan air dan stok ayam tadi,serta masukkan epal cider tadi
Gaul rata,masukkan daun bay
Biarkan mendidih sembentar dan masukkan ayam,dan tutup periuk
Setelah ayam dan kentang sudah empuk,bolehlah masukkan asparagus dan lemon tadi
Kak Sue tak masukkan keju,dah siap untuk di hidangkan
Selamat mencuba...Papai!!



3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Batu Kurau Kampung Ku

10:55:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,hari nie Kak Sue nak kongsi dialek/loghat dari kampung Kak Sue,Batu Kurau pula.Kebanyakan penduduk di kampung Kak Sue mengunakan dialek/loghat patani.Mak Kak Sue sendiri memang kalau bercakap mengunakan dialek/loghat patani,cuma Kak Sue tak la fasih sangat nak cakap dalam dialek/loghat tu.Memandangkan Abah Kak Sue pula bercakap dalam dialek/loghat utara,jadi kat rumah tu kami cakap campur-campur lah sikit.Tak kisah la tu kan,janji faham sudah..
Tadi kawan sekolah Kak Sue ada kongsi dialek/loghat Batu Kurau nie,siap sekali maksud dan ayat.Jadi Kak Sue kongsikan lah kat sini,jom kita sama-sama belajar dan fahamkan ayat-ayat tu ye..ehehe..

Jom belajar loghat Batu Kurau
1. Loghat: Jukey Erti: hujung seghambi
    Contoh ayat: eiiii! ghokpa mu dok dijukey, satgi jatuh ke tanah baghu thu!
2. Loghat: Ghokpa Erti: Kenapa
    Contoh ayat: Ghokpa semalaeng mu tak maghi ke ghumah ambo?
3. Loghat:Muma Erti: awak semua
    Contoh ayat: Muma ni tak mboh denga kata oghang lasong nih!
4. Loghat:Dema Erti: Mereka
    Contoh ayat:Dema thu dak muma nak gi maning (mandi) di sungei?
5. Loghat:Baley Erti: Biarkan
    Contoh ayat:Baley gi ke dema lae, dema nak kata ke kita nak wat gena
6. Loghat:Geyna Erti: Amacam
    Contoh ayat:Geyna mu loni? Sehat kae?
7. Loghat:Sekeleng Erti: Sengaja
    Contoh ayat: Mu sekeleng dok kata ke ambo, oghang maghah dah!
8. Loghat:Tecetok Erti: Terduduk
    Contoh ayat: Dia jatoh tecetok bila denga haba chey dia mati!
9. Loghat:Chey Erti: Datuk lelaki
    Contoh ayat: Chey mu nama apa?
10.Loghat: Mu Erti: Awak
    Contoh ayat: Mu nak gi mana dey?
11.Loghat: Ciding Erti: Jerat
     Contoh ayat: Kulok tahaeng ciding dalam hutaeng nunggggg!
12. Loghat:Ko Erti: Biskut
      Contoh ayat: Ghaya tahong ni mu wat ko banyak dak?
13 Loghat:Tekatey Erti: Terbeliak
     Contoh ayat:Tekatey butey mata awang paksae tetelan biji getah!
14.Loghat: Peghiyek Erti:Cemburu
     Contoh ayat:Mu ni dok peghiyek sangat ke laki mu!
15.Loghat: Hanik Erti: Lelah
     Contoh ayat: Budak ni ada penyakik hanik!
16.Loghat: Hinik Erti: Goyang2 kayu
    Contoh ayat: Mu toksah lae dok hinik kayu tu, satgi patah tipa ambo!

Selamat belajar ye semua..jumpa lagi,Papai!!

*Gambar sumber google*

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jerebu Teruk Bacaan Tidak Sihat

2:08:00 PM Kak Sue 0 Comments


Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu.Hari nie tahap bacaan IPU agak tinggi dan tidak sihat (IPU101-200) dari sebelumnya,rasanya aktiviti di luar rumah kurang sesuai buat masa ini.Nak keluar rumah kalau tak ada benda penting nak buat,baik elakkan lah.Kak Sue setiap kali keluar rumah,balik je rumah mesti sakit kepala dan tekak pun rasa kering.
Kawasan taman perumahan Kak Sue nie dari semalam dah nampak teruk sangat dah.Dengan bau asap yang kuat mata pun naik pedih.Nak buka pintu dan tingkap rumah pun risau.Kalau jerebu masih dalam bacaan tidak sihat harap esok di berikan kelonggaran cuti sekolah lah untuk anak-anak.Kesian pula pada anak-anak dalam keadaan jerebu yang teruk nie berada di luar rumah.
Harap anak-anak semua kurangkan aktiviti di luar rumah dan banyakkan minum air kosong ye.Semoga jerebu teruk nie cepat pulih seperti sedia kala dan harap kerajaan ada tindakan mengurangkan jerebu nie ye,tak tahan dah nie..hari -hari sakit kepala.Pada yang nak tau bacaan IPU terkini boleh la download Malaysia API di google playstore.

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Apa itu Sumuk..?

11:04:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue belajar perkataan baru dalam bahasa jawa.Maklum lah menantu orang jawa,tiap kali berkumpul atau berborak dengan family mertua,pasti ada je perkataan baru yang Kak Sue belajar.Dari semalam dok cari makna perkataan sumuk nie sebenarnya.Hari nie baru dapat tahu maksud dari perkataan sumuk tu..hihihi..
Sumuk bermaksud panas atau hangat,tapi lebih sesuai di gunakan pada orang,contohnya hangat berpeluh dan tidak sesuai kalau kita guna untuk kopi sumuk ke,air sumuk ke..mampuih kena gelak setaun kang..miahahaha..Kak Sue rasa bangga dapat belajar dan memahami serba sikit bahasa jawa nie.Rasa macam ada kelebihan la bila kita tau bahasa lain,selain dari bahasa malaysia.Mana la tau kan,nak gunakan time kecemasan ke..ehehehe..
Nex time Kak Sue sharekan perkataan lain lagi dalam bahasa jawa ye,boleh la kita sama-sama belajar.Anak-anak Kak Sue pun Kak Sue galakkan belajar bahasa jawa nie,sebab kebanyakan orang jawa sekarang nie hanya tinggal nama je,cakap dah tak tau dan paham.Sayangkan....okay lah,jumpa lagi next entri ye..papai!!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Makan Bersama Keluarga di AidilAdha

9:54:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,masih di kampung atau dah balik ke rumah masing-masing?Hari nie Kak Sue masih di kampung,tapi sebelah family mertua pula,di Tanjung Keramat,Langkap Perak.Hari nie Kak Sue bersama family mertua masak bersama-sama dan makan-makan bersempena sambutan hari raya aidiladha.Kak Sue tolong sikit-sikit je,yang masak adik ipar Kak Sue sebenarnya..ehehe... memang kenyang sangat..macam-macam menu ada..
Hari nie semua adik beradik Abang Man berkumpul di kampung.Yang dari KL pun kakak Abang Man pun balik sekejap,sebab nak berkumpul adik beradik punya pasal.Bukan senang kan nak berkumpul,sementara masing-masing masih bercuti nie kami mengambil kesempatan nie la nak berkumpul bersama keluarga.

Ayam Masak Merah
Dalca Ayam
Sambal Taun Kulit Lembu
Jelatah
Sup Tulang 
Puding Malasan dari Kak Jam

Popia Simpul dari Kak Jam

Antara menu-menu yang menarik hari nie,meriah!Sampai malam kenyang nya,Alhamdullilah..Cuma gambar bersama family mertua tak sempat nak snap,dok sibuk menjamu selera sakan sampai lupa.Kejap lagi Kak Sue dah nak gerak balik ke Rawang.Pada yang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing,hati -hati di jalanraya ye.Semoga selamat sampai ke destinasi..Papai!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Selamat Hari Raya AidilAdha

12:40:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,Selamat Menyambut Hari Raya AidilAdha,maaf segala salah dan silap dari Kak Sue dan keluarga.Hati-hati kepada yang memandu pulang ke kampung halaman masing-masing ingatlah orang yang tersayang..

*Gambar Nukilan* Syed Alwi

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Selamat Berpuasa Sunat Arafah

10:37:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,selamat pagi..Selamat berpuasa pada yang berpuasa sunat Arafah.Hari ini 9 Zulhijah 1436 Hijrah bersamaan 23 September 2015 (Rabu) berdasarkan kalender islam di Malysia adalah hari yang di sunatkan untuk berpuasa (puasa hari Arafah) kepada seluruh umat Islam di negara ini.Dengan itu tarikh Hari Raya AidilAdha 10 Zulhijah bersamaan 24 September 2015 di tetapkan pada hari khamis (esok) di seluruh Malaysia.Di kesempatan ini Kak Sue nak mengucapkan Selamat Menyambut AidilAdha kepada semua ..salah dan silap harap di maafkan ye..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pekan Selasa Batu Kurau KampungKu

11:03:00 PM Kak Sue 2 Comments


Assalamualaikum semua,hari nie hari selasa dan Kak Sue masih berada di kampung Kak Sue Batu Kurau.Hari nie,ada pasar pagi yang dikenali dengan Pekan Selasa.Antara tempat pebret Kak Sue kalau balik ke kampung Kak Sue.Pepagi mesti dah excited gila nak pergi ke sana,bukan jauh pun depan rumah mak Kak Sue aje...
Di Pekan selasa nie ada bermacam jenis jualan tapi tempat kegemaran Kak Sue gerai jualan ulam ulaman.Bermacam jenis ulam ulaman yang ada kat sini,selalu mesti Kak Sue borong empat,lima jenis ulam dan jenis ulam kat sini kekadang tak ada di tempat yang lain,hanya di Batu Kurau aje.Kebanyakan barang jualan kat sini juga,sangat berbaloi harganya...
Selain daripada itu apa yang menarik minat Kak Sue nak Pekan Selasa,terdapat berbagai jenis ikan masin juga dan paling menjadi kesukaan Kak Sue sekeluarga ikan kedera masin.Kat sini ikan kedera masin sangat bersih dan size yang sedikit besar dari tempat lain.Selalu mesti beli bawa balik ke rumah Kak Sue buat stok..ehehe..
Hari nie memang selera makan la sikit,dengan bermacam jenis ulam dan menu masakan kampung.Cuma kali nie Kak Sue tak ada beli untuk stok sebab nak singgah beraya di rumah mertua Kak Sue nanti.Pada semua kawan-kawan dan pembaca blog Kak Sue,Kak Sue ucapkan Selamat berpuasa sunat Arafah esok ye..papai!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Jalan-Jalan di Lake Garden..

9:20:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,semalam Kak Sue dan anak-anak bersama adik-adik dan Mak berkesempatan jalan-jalan di Lake Garden.Kebiasan Kak Sue kalau balik ke Taiping mesti keluar makan-makan atau jalan-jalan bersama keluarga.Semalam kebetulan birthday adik ipar jadi sambil kami jalan-jalan,kami buat sambutan birthday secara kecil-kecilan je..Beli sebiji kek dan jajan untuk kudapan.Sambil lepak-lepak dan sembang,sambil makan kek dan jajan..ramai jugak orang petang semalam maklumlah hari minggu kan..
Kak Sue sampai pun hari dah agak lewat petang,tapi masih ramai lagi pengunjung yang datang.Macam-macam aktiviti ada kat situ,Kak Sue tengok ada yang berbasikal,ada yang bermain buih gergasi,berjoging dan ada yang bawa anak-anak bermain di taman permainan.


Sebelum balik,kami singgah ke Yong Tau Foo Bomba nak tapau untuk makan malam.Dah kebetulan kat area situ kan,jadi singgah la tapau,nak makan situ rasa macam masih kenyang.Kat sini ada bermacam jenis pilihan menu makanan masakan panas,tapi yang paling di gemari dan di kenali dengan Yong Tau Foo Bomba lah... Ada deretan gerai Yong Tau Foo kat situ,pilih aje yang mana berkenan kat hati..ehehe..
Di kesempatan ini juga,Kak Sue nak mengucapkan Happy Birthday untuk adik ipar Kak Sue,Wan..semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,semoga berbahagia hingga ke Jannah.Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada keluarga kami...

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Majlis Perkahwinan Dua Pasang Pengatin Serentak

12:24:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,semalam tiba lah hari yang di tunggu-tunggu oleh semua keluarga besar Kak Sue di Batu Kurau,majlis perkahwinan dua pasang pengantin iaitu sepupu Kak Sue adik Nurita dan kakaknya Azureen yang mengadakan majlis perkahwinan mereka secara serentak.Meriah sungguh..senang kan,buat serentak macam nie,jimat pun ye...ehehe..

Majlis berlangsung di Dewan Astaka Batu Kurau,senangkan buat kat dewan boleh menampung ramai tetamu yang datang maklum lah dua pasang pengantin kan..

Door gift yang menarik dan simple untuk para tetamu yang datang,surah yassin dan kuih tradisional sebagai tanda terima kasih kerana sudi menghadirkan diri ke majlis..

Pelamin untuk dua pasang pengantin..bertemakan hijau dan unggu..simple tapi menarik,cantik kan..tambah pula hijau merupakan pebret colour Kak Sue..suka sangat..
.
Bergambar kenangan bersama pengantin Azureen dan suami,selamat pengantin baru Aein,semoga berbahagia hingga ke Jannah dan menjadi isteri yang solehah ye..

Ini pulak bersama Nurita,tapi pengantin lelaki hilang kejap melayan tetamu yang lain kut..Selamat pengantin baru adik semoga menjadi isteri yang solehah dan berbahagia sehingga ke Jannah..always be the way you are hokay.. ;)

Ini Photo Booth,mereka menyediakan tempat untuk bergambar,props,print gambar dan buku ucapan untuk kenang-kenagan..

Gambar yang di ambil kemudian terus di print dan di lekatkan ke buku untuk kenang-kenagan..

Ini pula boleh lekat kan gambar dan tulis ucapan kepada pengantin sebagai kenangan..menarik kan idea nie..

Akhir sekali mereka juga ada menyediakan props di Photo Booth nie tau,untuk tetamu bergambar berbagai gaya bersama props,sebelum tetamu pulang.Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar dan terima kasih pihak pengantin sudi menjemput Kak Sue sekeluarga.Di doakan semoga pengantin-pengantin nie di beri kebahagian dunia dan akhirat..aamiin ya rab..

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Terlepas Majlis Pernikahan Dua Pasang Pengantin

12:44:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualikum semua,semalam Kak Sue balik ke kampung Kak Sue untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu Kak Sue.Alhamdullilah perjalanan semua lancar walaupun agak berjerebu dan kereta pun tak berapa banyak.Kak Sue sampai pun dah agak lewat petang dah,tak sempat nak tengok majlis pernikahan sepupu-sepupuku itu.Sorry ye sepupu-sepupuku yang comey itu ye..ehehe..Lepas rehat sekejap,Kak Sue terus ke rumah mak sedara,saje tunjuk muka tengok ada apa yang yang di tolong,walaupun sebenarnya majlis ini buat tempahan katering..


Sampai je rumah mak sedara Kak Sue,kami di jemput makan dulu.Sambil makan tu,dok la bersembang dan bertanya khabar.Kemudian kami bergerak ke dewan Astaka Batu Kurau di mana majlis akan di langsungkan esok...meriah sungguh tengok acara memasang pelamin.Maklum lah sepupu Kak Sue nie,mengadakan majlis perkahwinan serentak antara adik dan kakak.Jadi nak kena siapkan semua untuk dua pasangan pengantin.
Nak tunggu siap pasang pelamin dan meja makan untuk dua pasang pengantin rasanya entah pukul berapa nak siap,jadi Kak Sue pun mintak izin balik dulu.Badan pun rasa letih perjalanan jauh dan mata pun dah rasa berat je,esok boleh la datang awal sikit tebus rasa bersalah terlepas majlis pernikahan tadi,baik punya alasan....ehehehe.Tunggu esok ye Kak Sue kongsikan gambar dan cerita majlis perkahwinan dua pasangan pengantin nie.Pada yang akan bertolak ke kampung masing-masing esok di harap berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasai ye..Ingatlah pada orang yang tersayang

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

YES La Sangat...BENGANG!!

11:55:00 AM Kak Sue 14 Comments

Assalamualaikum semua..hari nie rasa sakit hati sangat dengan pengurusan pihak YES..Dah call,dah pergi YES Centre tapi masih tiada tindakan yang di ambil.Selalu tak pernah macam nie,ini betul-betul nak tunggu tiga hari berkerja ke setahun bekerja nie.Asyik-asyik ulang soalan yang sama,suruh kita reset modem n password wifi..apa ke hal???huh!!!
Masuk setengah tahun guna YES nie,terus tak YES dah..kalau slow line tu,boleh sabar lagi.Ini full bar,conneted..tapi sebenarnya tak connet pun,tak boleh guna langsung!!!Takan nak bayar bill seterusnya sedangkan kita tak guna!!
Hari nie call lagi selepas tiga hari bekerja tapi tak ada penyelesaian.Nak terminate line pun tak boleh,sebab under kontrak..kena tunggu lagi bahagian teknikal pulak,so kita tunggu la lagi sampai lebam!!!Harap pihak YES dapat selesaikan masalah Kak Sue dengan secepat mungkin,tak tahan sabar dah nie..BENGANG dah!!!

14 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Makan-Makan Di Hot Pindang Kitchen

9:02:00 AM Kak Sue 13 Comments

Assalamualaikum,selamat pagi semua..Hari nie Kak Sue nak kongsi restoran yang Kak Sue pergi makan semalam bersama anak-anak dan family KelabbloggerBenAshaari,Restoran Hot Pindang Kitchen yang terletak di syeksen 10 Shah Alam tak jauh dari Plaza Masalam dan Masjid Besar Shah Alam.

Air pilihan Kak Sue ialah Jus Melody dan Asam Boi Limau..memang sedap dan menyegarkan..
Ini pula Teh O Lemon Ais dan Limau Ais
Pilihan lauk pauk masakan panas
Special Hot Pindang
Nasi Ayam 
Restoran nie menyediakan makanan panas iaitu pelbagai pilihan lauk pauk dan antara yang hot pindang order ialah Special Hot Pindang,iaitu nasi dan ayam berserta salad yang di makan bersama nasi yang membuatkan kelainan pada hidangan tersebut,Ikan Keli dan Pucuk Ubi Masak Lemak dan selain dari itu masakan pelbagai pilihan ikan di masak pindang dan asam pedas yang memang membuka selera.
Restoran ini juga menyediakan pelbagai pilihan jus yang menarik dan menyegarkan serta lain dari yang lain.Antaranya yang Kak Sue order semalam Jus Melody iaitu gabungan jus mangga dan tembikai,sedap tau..mesti cuba dan juga Jus Syahdu iaitu seakan akan air batu campur tapi lain sikit tau..
Bergambar kenangan bersama family KelabbloggerBenAshaari
Bagi yang ingin mencuba,boleh la singgah ke restoran ini yang di buka setiap hari dari 11am hingga 11pm.Mereka juga ada menerima tempahan katering dan majlis koporat,jadi boleh hubungi mereka untuk membuat tempahan dan untuk parking pula jangan risau luas dan mudah.
Restoran Hot Pindang Kitchen
No 11 & 13,Jalan Cheong Sam 10/11
Syeksen 10,Shah Alam,Selangor
(next to Azira & Hartini Restoran)
Tel : 03 55231259
         012 2043773
Facebook
www.facebook.com/hotpindangrestoran
Instagram
@hotpindangkitchen

13 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Selamat Hari Malaysia

8:43:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamaualaikum semua,Selamat pagi..Selamat Hari Malaysia semoga negara kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah,di jauhkan dari segala malapetaka dan kemurkaan Allah.Mari kita sama-sama mendoakan agar negara kita yang tercinta dan rakyatnya agar sentiasa bersatu mempertahan negara kita dari anasir yang tidak baik,yang cuba mengugat keharmonian negara kita dan semoga negara kita terus maju,aman dan damai.

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Lunch di Richman Cafe

2:52:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,semalam Kak Sue ke The Store,Sungai Buluh ada hal sikit.On the way nak balik tu rasa lapar pulak,kebetulan belum makan dan lalu depan Richman Cafe yang terletak betul-betul di pintu masuk The Store.Kak Sue ajak Abang Man singgah lunch kat sini,dari luar tengok deconya menarik.Tengok pula menu pun macam nak cuba,jadi kami pun masuk ke dalam dan di sambut mesra oleh pelayan kat situ.


Sambil menyerahkan menu,beliau suggestkan beberapa best seller kat situ.Antaranya untuk hidangan nasi ialah Sambal Sotong/Udang/Ayam Petai,Spicy Petai Fried Rice,Kam Heong Prawn.Manakala untuk pilihan mee pula beliau suggetkan kepada kami Kolo Kuew Teow with Hakka Chicken.Kak Sue memilih untuk mencuba Kam Heong Prwan serta nasi putih dan Abang Man pula order Spicy Petai Fried rice,pengemar nasi goreng la katakan.Boleh tahan juga makanan kat sini dan harga pun berpatutan.
Menu pun sangat unik,macam surat khabar pulak ye,tapi Kak Sue sangat..
Tekan je kalau nak panggil pelayan kat situ,nanti lelaju je depa sampai tak payah susah-susah nak panggil..senang kan.
Kak Sue order Jus Longan dan Abang Man order soft drink Root Bear,rasa cam lama gila tak nampak jenama nie..
Nasi Goreng Petai Pedas,banyak tau petai depa letak..puas la makan..ehehe..
Kak Sue pula mencuba Kam Heong Prawn dengan nasi putih,suka dok ratah serdak dia tu sedap..
Kalau ada kelapangan atau datang ke The Store Sungai Buluh,boleh la singgah ke sini ye korang,sila la mencuba kat sini.Untuk tempahan pula boleh la hubungi nombor 03 61489282,okay lah sekian dulu untuk kali ini,jumpa lagi... papai!!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.