Selamat Hari Merdeka..!!

12:45:00 AM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,Selamat Hari Merdeka yang ke 58!Semoga negara Malaysia yang kita sayangi sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah,di jauhkan dari segala malapetaka..aamiin Ya Rab..Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Kredit Gambar~Syed Alwi..




4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kakak Pink Lover

10:27:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,selamat pagi semua..hari nie Kak Sue nak berkongsi cerita mengenai anak dara Kak Sue yang sorang nie,Nursyazwani atau panggilan manjanya Kakak aje.Kakak memang suka sangat dengan colour pink.Semua benda dalam bilik atau barang peribadi dia kalau boleh nak colour pink.Kalau beli barang mesti dia tanya ada colour pink tak,kalau tak ada sanggup tak beli..ha sampai gitu sekali lah kan punya suka sangat dengan colour pink..ehehe..


Menurut dari pembacaan kak Sue sesapa yang suka colour pink nie adalah orang yang sensitif,ramah dan mempunyai keperibadian yang manis,suka pada kehidupan yang romantis serta sentiasa menyanyangi dan melindungi.Hamboi gitu..ehehee..tapi memang anak dara Kak Sue sorang nie sensitif sikit tapi agak pemalu orangnya,suka pada kanak-kanak dan of coz la penyanyang dan sentiasa melindungi tang romantik tu tak pasti le pulak kan..





Apa yang Kak sue banggakan mengenai Kakak nie,kalau nak barang apa-apa dia akan kumpul dari duit belanja sekolah sendiri.Katanya tak mau nyusahkan ibu dan abah,walaupun pun ibu dan abah mampu nak belikan,Kakak lebih suka beli dengan duit sendiri.Semua barang,macam meja belajar dan rak buku pink semua duit hasil tabungan Kakak sendiri.Ibu bangga sangat..(bukan nak puji anak sendiri hokay)Ibu doakan semoga apa yang di citakan oleh Kakak menjadi kenyataan,jangan mudah mengalah dan putus asa ye sayang..Semoga menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia akhirat..aamiin..lebiu Mucho!!


2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Taman Mini Di Rumah Kak Sue

4:36:00 PM Kak Sue 7 Comments

Assalamualaikum semua,pagi tadi rasa mood nak keluarkan peluh pulak.Asyik berkipas dalam rumah peluh tak keluar,lesu badan rasanya.Dah la tak berapa sihat,jadi bagi berpeluh sikit badan..nak pergi joging rasa cam tak lalu je.Taman Mini kat rumah Kak Sue pun tengok dah naik semak ngan tumbuhan yang tak sepatutnya,dah tak terjaga dah,kenkonon busy la sangat..ehehe..





Sebenarnya Taman Mini nie pun adik Kak Sue yang tolong buatkan,susun pasu,tanam pokok-pokok yang ada tu,Kak Sue tinggal nak menjaga nya aje.Ada pokok belalai gajah,berri,cili padi,kaktus dan 0rkid.Ada yang Abang Man tanam,macam pokok cili padi tu,yang lain adik Kak Sue yang tolong tanamkan dia memang minat tanam menanam nie.Kata orang tua,tangan sejuk dan menjadi je kalau tanam pokok.Rasa tenang je fikiran kalau tengok hijau nie kan,nanti Kak Sue nak tambah lagi pokok-pokok yang lain,InsyaAllah.Biar time lepak-lepak petang tu,ku lihat hijooo je laman rumah kan..sehingga bertemu lagi di lain entry ye,,Papai..

7 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA | Di Econsave Muar Johor

11:26:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,apa khabar hari nie?Kak Sue nak buat pengumuman pada semua peminat atau pelanggan Kelapa Laut MAN JAVA,pada yang berminat nak merasa produk kami tu,korang boleh la datang ke kiosk di Pasaraya Econsave Muar,Johor.Samada untuk minum atau nak jadi peniaga boleh la berurusan dengan saudara Jais kat situ ye.Terima kasih kepada saudara Jais yang telah mula berurusan dengan kami selepas hari raya hari tu.Semoga perniagaan beliau bertambah maju dan sentiasa di murahkan rezeki.
Kak Sue memetik kata Puan Ezza,pengasas Produk EstofaGlow "Dalam bisnes,jangan dok dengki antara satu sama lain,tak payah lah kita nak jatuhkan kawan-kawan atau sesama bangsa,sebab lama-lama orang akan tahu juga.Bisnes sendiri,jaga bisnes sendiri,yang penting buat sesuatu bisnes adalah sebab nak bantu orang...bukan cekik orang.."Jadi kalau kita berniat baik tu,InsyaAllah baik la kita dapat dan rezeki tu sentiasa ada.Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan terus maju bersama-sama ye..
Bagi yang berminat nak jadi peniaga atau pengedar Kelapa Laut MAN JAVA boleh la terus hubungi kami melalui nombor dan email yang Kak Sue sertakan.Untuk lebih cepat,silalah la whatsap,kalau lambat juga reply,harap maaf sangat-sangat ye.Kadang tu terlepas pandang akibat banyak mesej masuk,so no heart feeling hokay..ehehee..
Kelapa Laut MAN JAVA
No tel/Whatsap
012 5854998 / 012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

~Pelancaran Album Shazzwan~Titipan Banduan Muda

11:51:00 PM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue berkesempatan ke majlis pelancaran album Shazzwan yang telah telah di gilap dari program "Talent For The World" anjuran Yayasan Raja Muda Selangor.Beliau muncul dengan album "Titipan Banduan Muda" berkonsepkan muzik hip hop dan mengisahkan perjalanan hidup beliau sendiri.Shazzwan mencipta sendiri semua lagu dalam album ini dan antara lagu-lagunya tajuk album itu sendiri Titipan Banduan Muda Ft Mal,Aku Tak Kisah,Aku Udah Turun,Cakap Dalam Gelap,Dosa Menghantui,Hidup,Every Single Morning dan You're My Ft Tisha Shamsir yang merupakan peserta Mentor 6.Majlis ini telah di rasmikan oleh Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YRMS Datin Paduka Tengku Zatashah Sharafuddin di Hard Rock Cafe hari ini.Bagi yang berminat boleh la dapatkan di kedai muzik dan iTunes.Semoga terus success Shazzwan dan selamat terhibur semua..




6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Estofa Glow..Berkesan Dalam Tiga Minit..

12:15:00 AM Kak Sue 13 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsikan satu produk kecantikan yang lain dari yang lain.Produk kecantikan ini masih baru,tapi telah mendapat sambutan yang hangat tau.Estofa Glow adalah satu produk kecantikan yang di perbuat dari bahan-bahan natural dan kegunaan harian antaranya coklat dan madu,ia selamat dan boleh di makan,menarik kan..?Estofa Glow nie kan boleh di gunakan samada untuk lelaki ataupun wanita,tanpa had umur.Jadi anak-anak kecil pun boleh pakai,tak ada masaalah hokay,jangan risooo..

Selain berkesan memutihkan,menegangkan dan melembabkan kulit kita,produk ini juga berkesan untuk 'glowing' dan 'pinkish' kan kulit kita sepantas tiga minit sahaja tau.Ada lagi kelebihan produk nie kawan-kawan,ia membantu membunuh jeragat,jerawat dan boleh melegakan ezema serta sesuai untuk gigitan nyamuk dan ruam.Untuk pejagaan kecantikan bibir kita pula,produk ini boleh menghilangkan lebam kat bibir kita,bila kita selalu pakai lipstik kan lembam bibir kita,jadi sapukan nipis je kat bibir kita tu menurut kata pengasas produk hebat nie Puan Ezza.Jadi apa tunggu lagi,kepada yang berminat,boleh lah hubungi seperti yang Kak Sue sertakan kat bawah nie ye.Sekarang nie tengah promo 5000 botol terawal RM90 sahaja dan free Estofa Wash.Pada mereka yang menggunakan produk ini,korang layak juga untuk menyertai percutian ke Krabi,Jakarta,Bali,Bangkok atau China mengikut terma dan syarat yang telah di tetapkan.Jom order laju-laju...

Estofa Glow
Facebook
www.Estofa.Glow Official
Instagram 
@estofa_glow_official
atau
Whatsap
019 294 4799

13 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Mood Nak ke Dapur Dah Datang

12:47:00 AM Kak Sue 5 Comments


Assalamualaikum semua,lama betul Kak Sue tak main masak-masak kat dapur Kak Sue.Dah ada apron baru dari #kelabbloggerbenashaari nie,tetiba hari nie mood nak ke dapur datang pulak.Sebenarnya apron nie pertama kali Kak Sue tengok di facebook Mat Gebu.Terus rasa tertarik hati,apa lagi laju-laju Kak Sue order kat Angah.Kebetulan masa pergi KBBA Day Out kat Zoo Negara jumpa Angah,terus la Kak Sue collect kat Angah.Balik rumah buka bungkusan apron tu,berbunga-bunga rasa hati,macam dapat ape je punya la seronok...

Pepagi dah siap semua kerja rumah,sambil dok intai whatsap dan facebook kat handphone,Kak Sue berkira-kira nak masak apa la hari nie.Sampai tak tau dah nak masak dan makan apa kan..Fikir punya fikir,akhirnya Kak Sue masak Gulai Ikan Masin Tumis Darat,Sayur Bayam Tumis Air dan Ikan Goreng pastu potong Cili Padi letak kicap je..dah siap menu untuk hari nie,simple dan mudah!Abang Man dan anak-anak Kak Sue pun jenis yang mudah,tak banyak kerenah.Senang lah kerja Kak Sue...ehehe..Moga mood nak ke dapur nie bertahan lama la ye..dengan moto baru Kak Sue,dah ada apron baru,rajin-rajin la ke dapur..miahahaha,Papai!!!

5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Rutin Sebelum Tidur

1:26:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,selamat malam semua.Rutin Kak Sue sebelum tidur adalah mencium anak-anak..ehehe.Mungkin dah terbiasa dari anak masih kecil,jadi tiap malam sebelum tidur Kak Sue mesti akan ke bilik anak-anak memastikan mereka tidur dengan selesa,selamat dan berada di dalam bilik mereka masing-masing..Kak Sue kadang tak dapat nak bayangkan kalau anak dah mula belajar di mana-mana pusat pengajian tinggi,tinggal di asrama..bekerja, tinggal di rumah sewa,macam mana agaknya ye?Sebab dah terbiasa bila nak tidur je,mesti nak tengok anak-anak ada depan mata..Memang tak pernah berenggang lama-lama pun.Ibu doakan anak-anak Ibu doakan anak-anak Ibu sentiasa di beri kesihatan yang baik,sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah..Selamat malam anak-anak Ibu..Selamat malam semua..








2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

KBBA Day Out di Zoo Negara..

1:43:00 PM Kak Sue 14 Comments

Assalamualaikum...hari nie #kelabbloggerbenashaari (KBBA) bekerjasama dengan Zoo Negara menganjurkan KBBA Blogger Day Out.Seawal sembilan pagi kami semua perlu berkumpul untuk pendaftaran dan sedikit penerangan dari pihak Zoo Negara.Setelah di bahagikan kepada dua kumpulan kami bergerak masuk ke dalam Zoo Negara dengan di temani wakil dari pihak Zoo Negara.Program ini bertujuan untuk membawa semua blogger melihat sekitar zoo serta mempromosikan Zoo Negara pada orang ramai...sebelum masuk,kita bergambar dulu reramai..


*Pit Stop 1,kami di bawa melawat ke Butterfly Garden,di mana di kawasan taman ini terdapat berbagai jenis rama-rama dan di sediakan kawasan kita dapat melihat 'butterfly feeding table'.Kita dapat melihat rama-rama menghisap madu dari bunga dan cecair dari buah-buahan.Menarik kan...



*Pit Stop 2 pula kami di bawa ke Tunku Abdul Rahman Aqurium tak jauh dari Taman Rama-rama tadi.Di sini terdapat berbagai jenis ikan,anak-anak kecil la paling seronok sekali tengok ikan nie..pulak tu sejuk nyaman je dalam tu..ehehe..


*Pit Stop 3,kami ke Multi Animal Show pula,di sini kami di hiburkan dengan telatah haiwan-haiwan yang telah di latih,bijak betul keletah haiwan-haiwan tu.Di akhir pertunjukan pula pengunjung di benarkan untuk bergambar kenangan bersama haiwan yang telah membuat pertunjukan sebentar tadi.

Selepas selesai pertunjukan kami di minta menaiki 'tram' sambil wakil dari Zoo Negara memberi serba sikit info tentang haiwan yang berada di kawasan sekitar tempat kami lalui nak ke The Wild Restoran untuk makan tengahari di sana.Terima kasih The Wild Restoran kerana menaja makan tengahari kami..kenyang sangat..


Semasa kami sedang menjamu selera wakil dari pihak Zoo Negara memberikan sedikit ucapan dan juga wakil dari #KBBA Farah Waheda atas kerjasama dua pihak sebelum memulakan acara cabutan bertuah pula selepas itu.Tahniah ye kepada pemenang cabutan bertuah..

*Pit Stop 5,kami bergerak ke Muzium Madu yang terletak bersebelahan sahaja dengan The Wild Restoran tadi.Kami di beri serba sikit penerangan dan di beri peluang untuk melihat dan merasa madu yang di ambil terus dari sarang lebah yang terdapat di situ.Rasa masam-masam manis gitu,yang pasti original madu hokay..Ada kiosk juga yang menjual berbagai jenis madu bagi sesiapa yang berminat untuk di bawa pulang sebagai buah tangan.


Selepas itu kami semua ke Savanah Walk untuk melihat haiwan-haiwan kat situ.Kalau ikutkan memang seharian nak berjalan dalam Zoo nie,punya la besar dan bermacam jenis haiwan kat sini,ada lebih 5,500 haiwan dan 500 species!!Anak-anak la yang teruja sangat nak tengok kan..kat sini juga ada di sediakan pondok untuk berehat dan kiosk menjual makanan dan minuman ringan bagi menghilangkan lapar dan dahaga..penat kan kalau berjalan kaki tu..



*Pit stop 6,yang di tunggu-tunggu,Giant Panda Conservation Centre pulak.Sebelum di benarkan masuk kedalam GPCC kami semua di beri sekali lagi serba sedikit taklimat,apa yang boleh dan tidak boleh di buat bila masuk nanti.Tidak di benarkan membuat bising,makan dan minum dan tidak di benarkan flash kamera.Takut akan memberi gangguan kepada Panda katanya..Kami bertuah kerana hari nie ada di buat sambutan 9th Panda yang di beri nama Fu Wa,Happy Birthday Fu Wa!!Bagi meraikan hari jadi panda itu, pihak zoo juga telah memberikan tiket masuk percuma kepada pengunjung yang lahir pada 23 Ogos dan 3 September, namun ini tidak termasuk lawatan ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC)...kena tambah sikit la ye..









Jadi tamatlah lawatan kami #KBBA dan family ke Zoo Negara..Terima kasih kepada semua penaja Zoo Negara,Cosmoderm,FoodPanda,The Wild Restoran dan juga saudara Ben Ashaari dan Farah Waheda kerana memberi peluang untuk Kak Sue dan keluarga peluang yang berharga ini.Terima kasih sekali lagi untuk semua...papai!!







14 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.