Puding Malasan

4:47:00 PM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum semua,Selamat petang..Dalam bulan syawal nie,setiap minggu ada je orang buat 'open house' kan,Kak Sue sendiri berderet-deret jemputan open house dan kenduri,tak tau mana satu nak pergi sebab ada yang bertindih hari.Kak Sue pun belum buat lagi open house kat rumah Kak Sue,tapi sesapa yang nak datang pintu rumah Kak Sue sentiasa open je..ehehehe..Okaylah bersempena dengan open house di bulan syawal nie,Kak Sue nak share cara nak buat Puding Malasan,kemahin nama kauuuuu...mudah,cepat dan sedap!!
Nama puding pun lain macam je ye..sebut betui-betui hokay!!miahahahaha..kang lain pulak bunyinya.Puding nie sebenarnya idea dari kakak ipar kesayangan Kak Sue,Kak Jam.Hari tu masa pergi beraya di rumah beliau,Kak Jam menjamu kami dengan Laksa Utara dan Puding Malasan nie.Nak tau tak macam mana dapat nama Puding Malasan?Puding nie sebenarnya untuk orang yang nak cepat dan mudah, dan juga malas..hahahaa..tak payah masak apa pun sebenarnya,tau-tau udah siap.Itu yang dapat nama Puding Malasan tu,hihihi,..Tanpa membuang masa jom la kita tengok cara nak membuat nya ye..

 Bahan2nya:


Satu bekas ceri dan puding perasa manggo jenama cocon,jenama lain kata Kak Jam is lembik sikit.Ada tiga size puding nie,dan yang Kak Sue share kat sini yang paling kecil.

Satu tin buah peach dan satu tin susu cair jenama F&N,pun kata Kak Jam jenama susu nie is sedap sikit.kalau korang nak guna jenama lain pun boley,no problemmm...

Cara2nya:
Keluarkan puding mangga tadi,kemudian masukkan ke dalam pinggan atau mangkuk
Potong buah peach mengikut kesukaan masing-masing,dan susun ikut kreativiti korang la ye.Sebenarnya guna buah lain pun boleh,tapi Kak Sue rasa lebih sesuai pakai buah peach nie sebab dia masam lawan dengan manis baru la ngam rasanya.
Kemudian boleh la hiaskan dengan ceri merah,pun ikut kreativiti korang nak hias macam mana ikut suka hati.Akhir sekali tuang aje susu cair tu kat atas puding tadi,dahhh siappp!!

Taraaaaaa...haaa,siap dah Puding Malasan kita,mudah..cepat dan sedap!!Lebih sedap di makan sejuk,sekali rasa pasti nak lagi,ewahhh!Sesuai untuk sebarang majlis,tak payah susah-susah kan nak masak bagai..selamat mencuba semua..Papai!!

6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Garsa Kitchen Sandwich Delivery Area KL

5:56:00 PM Kak Sue 5 Comments

Assalamualaikum semua,sekarang nie zaman makin maju,semua berada di hujung jari aje.Nak beli barang ke,nak bayar bil ke,nak order makanan pun semua boleh order online dah sekarang nie.Terbaru,nak makan sandwich pun boleh order secara online..mudah kan!Sesekali pasti kita rasa macam nak tukar selera kan,jemu asyik makan benda yang sama je.Kalau macam tu boleh la mencuba Garsa Kitchen Sandwich,yang membuat delivery sekitar Kuala Lumpur dan IsyaAllah nanti nak buka cawangan baru di Shah Alam pula.


Garsa Kitchen Sandwich ini di buat secara homemade,fresh dan pastinya halal.Sandwich ini juga sangat sesuai untuk meeting,pergi berkelah bersama keluarga atau kawan-kawan juga sebagai buah tangan ketika berziarah pun boleh....Ada bermacam pilihan sandwich kat sini dan order hendaklah dua jam lebih awal sebelum delivery ye..

~Antara Menu  Garsa Kitchen Sandwich~
BEEFTASTIC
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
.
CHICKSTER
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
.
EGGXTRA-ORDINARY CHICKEN
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
.
TUNA TURNER
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)
.
EGGSTACY
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)
.
TUNA ON FIRE
L RM35 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
.
CHICKEN IN A BIKINI
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)
.
FIESTA (mixed sandwiches)
L RM45

Untuk Order boleh lah hantar melalui whatsap ke no 011 3291 6119 seperti berikut
Nama
No telefon
Alamat
Masa Delivery
Order..

atau lawati Instagram Garsa Kitchen

~Selamat Mencuba Semua..~Papai!!





5 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA Di Little India Kapar,Klang

12:09:00 AM Kak Sue 17 Comments

Assalamualaikum,dalam beberapa hari nie perniagaan kecil Kak Sue dah mula beroperasi seperti biasa.Untuk permulaan,kami akan menghantar order yang di buat semasa awal menyambut raya tempohari.Sebenarnya kami tidak menerima order pada hari raya,tapi biasa lah kan kita orang meniaga nie,sehabis baik kena layan semua pelanggan kita kan.Selepas selesai semua list order yang pertama,baru Kak Sue open order sepenuhnya diharap semua pelanggan dapat beri kerjasama dan bersabar mengikut giliran penghantaran .
Semalam untuk pertama kali kami berurusan dengan pelanggan berbangsa India,seronok pulak bila bangsa lain berminat nak berurusan dengan kita dan produk kita kan.Ianya merupakan satu penghargaan buat kita.Bukan senang nak buat bangsa lain berminat dengan produk kita,Kak Sue bukan lah nak bercakap pasal perkauman,tapi rasa sangat berbangga dapat berurusan dengan meraka.Harap selepas ini Kak Sue dapat berurusan dengan berbagai bangsa lain juga,serta dapat menaikkan lagi nama produk Pati Kelapa Laut Man Java secara lebih meluas lagi.
Terima Kasih kepada saudara Raja dan isteri,kerana berminat nak berurusan dengan kami.Harap kerjasama kita berjalan dengan baik dan lancar.Sesiapa yang berminat dengan air Kelapa Laut MAN JAVA bolehlah singgah di gerai milik saudara Raja di Little India,Kapar,Klang ye..Terima kasih semua.

17 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Logo MAN JAVA

11:00:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,akhirnya selesai juga nak buat Logo Man Java setelah tertangguh berkali-kali.Kenapa perlu daftar hakmilik nama dan logo syarikat?Ada dua sebab yang Kak Sue baca dari blog,pertama supaya orang yang tiru produk kita boleh di saman.Yang kedua,untuk menjaga hak kita sebab kalau tak daftar nanti sedap hati tok hanjang dia je ngaku dia yang punya dan dia yang buat,tak ke panas hati kita!!Kali nie Kak Sue nak buat step by step,serik dah Kak Sue berapa kali kena macam tu,kali nie memang Kak Sue buat betul-betul.Yang bermasalah aje,terus Kak Sue kick aje,is senang!!Tak suka nak berurusan dengan orang yang bermasalah..Sekian!!Harap Maklonggggg...

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Buah Tangan Dari Batu Kurau

9:49:00 PM Kak Sue 7 Comments

Assalamualaikum semua!!Alhamdullilah rezeki kami sekeluarga,semalam abang Kak Sue baru balik dari beraya di kampung siap bawak balik buah tangan dari kampung Kak Sue Batu Kurau.Seikat besar petai dan beberapa biji durian.Sedapnya lah tengok,tak sabar dah nak makan.Petai pun elok-elok dan besar isinya,durian pun alhamdullilah walaupun dah tinggal buah hujung masih elok isinya.

Hari nie apa lagi Kak Sue masak la sambal udang petai dan pulut durian.Dari hari tu dok teringin nak makan pulut durian,akhirnya dapat juga merasa sebelum habis musim.Jemput singgah ye pada kawan-kawang yang nak rasa tu..hihihi

Jom Makan...

7 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pati Kelapa Laut MAN JAVA Order untuk Gemas dan Batu Pahat

4:03:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum,semalam Kak Sue dah mula buat penghantaran Pati Kelapa Laut MAN JAVA untuk order yang telah di buat pada raya ketiga.Kak Sue mohon maaf terpaksa mengambil masa sikit untuk menjawab setiap komen,sms,whatsap dan call dari pelanggan.Maklum lah masih dalam suasana berhari raya,tak sedap pulak asyik nak mengadap handphone je bila berada di rumah mertua dan keluarga mak dan abah Kak Sue.Kak Sue update blog pun curi-curi je sekejap,nak siap satu entry pun jenuh!!!

Untuk order yang baru akan di beritahu nanti melalui blog,facebook dan whatsap ye.Macam biasa la cara nak order dan syarat-syaratnya boleh la rujuk lat bawah nie :

  • Kawasan ~satu kawasan/tempat/pasar/pasar malam seorang sahaja yang boleh menjual produk Kak Sue nie ye,kang satu tempat satu pasar malam,dah sampai dua tiga orang mula la pakat tak puashati la apa la..tak mau macam tu ye,kita masing-masing nak cari rezeki bukan nak bergaduh cari musuh bukan nak tikam belakang orang.
  • Kuantiti ~berapa banyak nak order pati,buah dan isi Kelapa Laut sila confirmkan order semasa membuat order.Dan order hendaklah di buat satu minggu sebelum penghantaran,jangan esok nak pakai hari nie baru nak order.Bukan apa kadang bila buat macam tu,jadual penghantaran yang kami susun dah terganggu dan menimbulkan kesulitan pada pihak kami dan orang lain.Untuk yang pick up point pula,silalah TEPATI MASA anda.
  • MAN JAVA Kelapa Laut~hendaklah sentiasa mempamerkan sticker/banner/bunting yang akan di sediakan di tempat niaga masing-masing.Ini dapat membezakan produk kami dengan produk pesaing dan dapat membantu untuk Kak Sue promote gerai masing-masing.
  • COPY ~JANGAN sesuka hati nak ubah rasa,ubah nama produk MAN JAVA Kelapa Laut,kalau di dapati berbuat demikian semua order akan di BERHENTIKAN SERTA MERTA dan sebarang rayuan TIDAK AKAN DI LAYAN!!!

Di harap semua pelanggan dapat beri kerjasama ye,sebab dah banyak kali terjadi macam-macam hal dan menimbulkan kesulitan dan nama yang tidak baik pada pihak kami.Terima kasih pada semua yang sudi berurusan dengan kami dan memberi kerjasama dengan baik.

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ziarah Raya

1:26:00 AM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum,berjumpa lagi kita di sini..Semalam mood nak beraya dan menziarahi rumah sedara dan kawan-kawan.Kak Sue berkesempatan beraya ke rumah food blogger,hencik Sohoque dan ke rumah kakak Abang Man aje,nak beraya ke rumah PCL macam tak dan dah nak saing dengan geng #kelabbloggerbenashaari sebab dok settlekan order yang dah masuk sejak raya ketiga lagi.Sambil beraya,sambil hantar order Pati Kelapa Laut MAN JAVA.Bila settle kerja semua,dah agak lewat dah,tapi semangat nak beraya masih ada,hihi.. Sampai rumah Sohoq,hampir magrib dah. Selepas menjamu selera dan berborak serta korek ilmu dari Sohoq,hamboi korek ilmu kauuu..hahaha..Tumpang solat magrib dan bergerak ke Wangsa Maju pula.

Sampai rumah Kak Jam,apalagi tibai Laksa Utara la pulak.Memang pebret kan,siap ada desert puding buah lagi,semua kita tibai!!Terima Kasih Sohoq atas perkongsian ilmunya dan layanan baik pada kami sekeluarga.Begitu jugak untuk Kak Jam dan suami,sedap laksa dan puding tu kak..Terima kasih daun keladi,lain kali kami datang lagi tau..Papai!!

6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Mahabbah Yanur Chalet di Kampung Tanjung Keramat

11:26:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsikan Mahabbah Yanur Chalet kepunyaan adik abang Man yang bertempat di Kampong Tanjung Keramat,Langkap,Perak tempat Kak Sue lepak beberapa hari kat sana sempena raya hari tu.Homestay ini ada dua bilik di lengkapi dengan peti ais,mesin basuh, dan tv.Bilik pun luas ada queen dan single bed kat bilik yang Kak Sue lepak tu,sementara bilik yang lagi satu tu,untuk anak-anak dara dan anak bujang Kak Sue,kali nie anak buah Kak Sue yang kembar tu nak ikut beraya kat rumah mertua Kak Sue,so kena ada dua bilik lah,kang dah sesak pulak dok dalam satu bilik.Nasib baiklah owner homestay nie sangat memahami,ehehe..Bilik mereka ada dua queen bed,bilik mandi,nak mandi tu tak yah dah nak rebut-rebut dah ada sorang satu bilik air kan..juga ada ruang tamu nak lepak-lepak tengok tv.





Terima kasih pada adik Nurul dan suami sebab bagi kami lepak kat situ,sangat selesa dan memang sesuai untuk seisi keluarga.Kalau nak baring,nak mandi dan tukar baju tak ada la segan sangat dah sebab lebih privacy kan.Maklum lah rumah mertua Kak Sue tetamu datang beraya memang tak putus-putus dari pagi hingga ke malam,meriah sungguh..!!Pada korang yang berminat nak sewa Mahabbah Yanur Chalet nie boleh lah menghubungi seperti yang Kak Sue sertakan di bawah nie ye
Mahabbah Yanur Chalet
Yahya~ 012 5701814
Nurul Hidayah~ 0123249161

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Tetamu Pertama Raya Tahun ini

1:06:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue menerima tetamu pertama untuk raya tahun ini.Tetamu Kak Sue ialah rakan blogger Mas Saari juga salah seorang antara ahli #kelabbloggerbenashaari.Semalam ada Mas bagi tau,dia nak pergi beraya ke Bukit Beruntung,jadi dah alang lalu area sini apa salahnya singgah ke rumah Kak Sue kan.Seronok betul nak terima tetamu,sebab tetamu nie bawa rezeki kat rumah kita tau,jangan tak tau.Lagi pun inilah masa kita nak berbual,bertanya khabar dan mengeratkan silatulrahim.Kalau hari biasa tu masing-masing sibuk dengan tugas harian kan..

Pepagi lagi dah kuar ke NSK beli barang yang nak di masak,maklumlah baru balik bercuti ke kampung.Hanya mampu masak simple macam gini aje..spagetti bolognise,dan jamu kuih raya aje..

Terima Kasih Mas dan keluarga kerana sudi singgah beraya ke rumah Kak Sue,maaf lah masak menu yang simple je kali nie.Nanti akak buat open house datang lagi tau Mas..Selamat Hari Raya dan ziarah menziarah sesam kita..




2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kad Raya Pertama Tahun Ini

9:13:00 PM Kak Sue 8 Comments

Assalamualaikum semua..korang banyak ke dapat kad raya tahun nie?Maklumlah kan zaman teknologi nie,dah susah nak jumpa orang hantar kad raya kat kita dah kan.Kak Sue dapat kad raya pertama tahun nie,handmade lagi dari anak bongsu Kak Sue Mohd Syazwan Faris atau panggilan manjanya Adik.Rasa sangat tersentuh dengan kata-kata dalam kad raya tu,budak kan semua kata-kata mereka memang lahir ikhlas dari hati.Ibu akan buat koleksi dan simpan dengan baik semua surat,memo, kad raya,kad harijadi yang anak-anak Ibu buat untuk Ibu,ianya sungguh memberi makna yang sangat istimewa pada Ibu..Terima kasih anak-anak Ibu kerana sudi buatkan untuk Ibu.Redha dan kasih sayang Ibu untuk anak-anak Ibu hingga ke Jannah..Sayang selalu..

8 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Sambutan Raya Keluarga Besar Che Wa Aziz 2015

9:37:00 AM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum semua,apa khabar kawan-kawan semua..masih dalam mood beraya lagi ke?Hari nie Kak Sue nak kongsikan aktiviti Sambutan raya Keluarga Besar Che Wa Aziz generation pada hari raya kedua tempohari.Majlis perjumpaan keluarga Che Wa Aziz bagi semua keluarga di adakan di rumah Opah Kak Sue bertempat di Kampung Paya,Batu Kurau berjalan dengan penuh jaya dan sesi beramah mesra antara keluarga semua.

Antara objektif perjumpaan ini adalah untuk mengumpul semua anak cucu Che Wa Aziz untuk majlis kesyukuran dan tahlil untuk arwah ahli keluarga yang telah meninggal dunia.Kemudian di teruskan dengan aktiviti-aktiviti yang telah di susun oleh AJK majlis. Cuma sayang nya Kak Sue tak berkesempatan untuk menghadirkan diri dalam majlis tu kerana masih beraya di rumah mertua Kak Sue..huhuhu.






Harap tahun depan dapatlah Kak Sue menghadirkan diri dalam majlis keluarga nie.Rasanya majlis pada hari itu boleh di katakan hampir berjaya walaupun mengikut kata sepupu Kak Sue masih ada yang terkurang di sana sini.Harap di masa akan datang dapat menambah baik lagi dari semua segi kan.Walau bagaimana pun ia dapat menyatukan semua keluarga Che Wa Aziz walaupun masing-masing tinggal di serata negeri.Semoga semua keluarga Che Wa Aziz akan sentiasa bersatu dan sepakat serta sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah..aamiinYa rab!!

6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pulut Kacau (Wajik) Mak Terbaik

1:18:00 PM Kak Sue 4 Comments


Assalamualaikum,masih berkisar dengan masakan dan air tangan Mak Kak Sue hari nie..Kak Sue memang susah sikit kalau beli kat luar tu,susah nak menepati selera Kak Sue.Hanya Masakan Mak dan suami je la yang menepati selera Kak Sue.Hari nie nak kongsi Pulut Kacau atau dengan nama lain Wajik.Setiap kali balik ke kampung Kak Sue,mak mesti bekalkan Pulut Kacau untuk Kak Sue bawa pulang.
Pulut Kacau atau Wajik merupakan makanan tradisional,iaitu beras pulut hendaklah di rendam dulu pada malamnya, dan keesokkan harinya boleh lah kita kukus sehingga lembut.Sesudah itu,boleh lah di masak dengan gula dan santan.Kacau sehingga pekat,jangan lupa masukkan daun pandan untuk mendapat aroma pandan tu...wangi je bau.Dah siap masak boleh la kita masukkan pulut ke dalam bekas untuk di sejukkan,dah siap dah.Kata Mak mudah aje nak membuatnya,cuma kena betul sukatan bahan-bahannya,baru la sedap.Terima kasih sekali lagi Mak masakkan Pulut Kacau kegemaran orang,sayang Mak..muahhh!!

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Ketupas Palas Mak

11:37:00 AM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua..masih dalam mood raya lagi ke..Kak Sue baru nak merasa ketupas palas air tangan mak Kak Sue yang tersayang.Memang takan sama dengan ketupat yang lain tau.Setiap kali hari raya Mak mesti buatkan ketupat palas untuk kami semua,bersama sambal daging dan rendang ayam.Biskut raya pun semua mak buat sendiri untuk anak cucu.Mak Kak Sue memang hebat dalam bidang masakan,bukan la nak puji mak sendiri tapi kalau siapa pernah rasa air tangan mak Kak Sue pasti tau kesedapan masakan mak Kak Sue..ewah..hihihi..tapi ketupat kali ini campur ketupat jantan/betina sebab anak cucu tolong balut sekali..main bantai je..hahaha..

Nasib baik la walaupun dah berapa hari kita berhari raya masih ada lagi orang yang menjual daun palas,dapatlah Kak Sue merasa ketupat palas mak hari nie.Gigih mak rebus pulut dan balut daaun palas semata-mata nak meraikan anak cucu balik sempena raya.Pada sesiapa yang masih ada di Batu Kurau jemputlah datang rumah Mak Kak Sue ye,dapat la merasa masakan mak nanti..ehehe..

4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Masakan Mak Memang Terbaik!!

6:49:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualikum,masak menu apa hari ini kawan-kawan?Kak Sue hari nie berkelah makan nasi tengahari di rumah Mak Kak Sue..Macam biasa Mak Kak Sue mesti nak masak makanan kegemaran anak-anaknya..kalau boleh semua menu kesukaan anak-anak Mak nak masak semuanya.Menu masakan istimewa Mak hari nie,Rendang Ayam,Sayur Keladi dan Kerabu Pegaga memang berselera la anak cucu makan nasi hari nie..bertambah-tambah habaq hang..!!Jom kita lihat menu Mak Kak Sue hari nie...Terima Kasih Mak masakan makanan yang sedap-sedap untuk orang,sayang Mak ketat-ketat,Masakan Mak Memang Terbaik!!!muahhh...lebiu Mak..
Rendang Ayam Mak
Sayur Keladi Mak
Kerabu Pegaga Mak

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Raya Bersama Abah Tersayang

12:17:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,raya tahun nie Kak Sue lewat sikit ke rumah Abah tersayang,sebab beraya di kampung mertua dulu.Anak-anak Kak Sue teruja sangat nak sertai baraan di kampung mbah (atok/nenek) depa,jadi raya ketiga baru lah balik ke kampung Kak Sue di Batu Kurau..kasi can lah kan,bukan selalu pun.Rumah Abah belakang Taman Tasik Taiping tu je,sambil nak kerumah Abah tu nampak ramai jugak orang dok melepak kat situ,meriahhh!!Ada yang bergambar,berkelah dan bersiar-siar kat situ bersama keluarga dan kawan-kawan.

Sempat bergambar kenangan dengan Abah dan makcik,nasib baik Abah sporting hari nie..hihihi..sayang Abah,bukan senang nak bergambar ngan Abah nie tau.

Abah bersama menantu dan cucu lelaki,tengok Abah beraya sempoi ja berkain pelikat lagi..rare gitu..hahahaha..Jangan marah Abah..

Bila time hari raya Kak Sue kena bagi masa nak ziarah rumah mak,abah,adik-adik,opah dan sedara mara Kak Sue,jadi kalau sehari tu memang tak sempat lah kan.Hari nie Kak Sue sempat beraya tiga buah rumah yang memang wajib pergi setiap kali bila tiba hari raya,iaitu rumah Abah,Opah dan Cik Are makcik Kak Sue yang paling rapat dengan keluarga kami.Semoga bertemu lagi di raya tahun depan,umur panjang InsyaAllah tahun depan jumpa lagi..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Reunion SEDAKA '90 2015

9:12:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue nak kongsi cerita mengenai majlis Reunion bekas pelajar Sekolah Menengah Dato Kamarudin (SEDAKA) Batu Kurau Taiping Perak yang di adakan pada hari raya ketiga tempohari.Majlis bermula selepas isyak,tapi bermula lepas asar ada antara AJK yang dah datang memasak,menyusun atur tempat duduk untuk rakan-rakan yang akan datang nanti.Kak Sue di tugaskan untuk menyediakan air minuman untuk majlis nie,tapi agak lambat sampai sebab terperangkap dalam 'jamed' di jalan masuk ke kampung Kak Sue,tapi Alhamdullilah sebelum majlis bermula kami dapat siapkan semua,seperti yang di rancangkan.

Selesai solat magrib,nampak ramai kawan-kawan dah mula datang mendaftarkan diri.Selepas daftarkan diri masing-masing di hadiahkan dengan door gift yang telah di sponsor oleh kawan-kawan SEDAKA '90..Terima kasih pada saudara Azman dan Norihan.






Pihak AJK juga mengadakan 'game' untuk kawan-kawan yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis.Terima kasih pada kawan-kawan yang sporting sangat..dan sudi menjayakan game yang dah di sediakan..
Sekali nama Kak Sue pun naik da..kena kopek petai pakai tangan,lepas tu ada ke suruh kita suap partner kita petai tu..apa lagi ngelat la..hahaha..

Dah selesai game,ucapan dan beramah mesra,sessi bergambar pula sebelum majlis bersurai.Sana sini semua sibuk bergambar kenangan.Maklumlah sesekali berjumpa..


Terima kasih pada kawan-kawan Geng Sedaka semua..door gift dari Reunion Sedaka 2015..
Alhamdullilah,majlis berjalan dengan lancar.Terima kasih pada semua rakan-rakan,semoga kita berjumpa lagi tahun depan.Kak Sue mohon maaf,andai ada salah dan silap semasa majlis berlangsung.Andai ada terlepas pandang rakan-rakan,atau terlupa nama tu,maaf sangat-sangat.Kalau jumpa kat mana-mana tu silalah tegur Kak Sue,kadang tu tak perasan bukan sombong hokay.Selamat Hari Raya semua..jumpa lagi tahun depan,InsyaAllah.Papai..!!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.