Cuti-Cuti Ke Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut

11:46:00 PM Kak Sue 10 Comments

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak bercerita percutian sehari Kak Sue dan family di Swiss Garden Goft Resort & Spa Damai Laut ..sebenarnya kebetulan kawan Kak Sue ada buat family day dan ajak join sekali.Kebetulan cuti sekolah dan Abang Man pun nak merahatkan diri jadi kami pun join aje lah..Kalau korang nak menginap kat sini,korang boleh pilih tiga jenis penginapan samada apartment,villa ataupun hotel.Untuk percutian kali ini Kak Sue pilih hotel je mengadap ke laut gitew..taraaaa..cantik kan..


Lokasi Swiss Garden Resort & Spa Damai Laut nie agak ke dalam tempatnya,jalan nak ke sana di kelilingi pokok-pokok sawit dan hutan,kalau nak keluar lewat malam tu cam takut jugak la..ehehe..tapi kalau korang yg suka privacy..senyap dan sunyi sesuai la sangat tempat nie..tenang je...



Kak Sue kalau nak sewa hotel mesti nak cari yang ada kolam.Nasib baik sini ada dua kolam besar,cantik pulak tu kolam nya..Selain kolam,hotel ini ada juga menyediakan restoran dan bar,kedai serbanika,sukan outdoor,kemudahan sauna,spa,gym dan pusat game kanak-kanak.Pendek kata macam-macam ada lah kat sini..tak payah nak ke tempat lain dah..
Pagi tu bersarapan kat sini,bermacam menu tersedia,lepas sarapan boleh la terjun kolam,anak-anak semua dah tak sabar dah nie..
Sakan semua mandi manda sebelum check out..seronok gila anak-anak Kak Sue..Ibu pun ikut join sekali..sekali sekala kan..




Walau sehari je bercuti kat sini,tapi anak-anak Kak Sue seronok sangat dapat mandi manda sakan dan Abang Man pun dapat la merehatkan badan setelah penat berniaga tu kan..InsyaAllah kalau ada kesempatan pasti akan datang sini lagi..Jumpa lagi semua..Papai!!

10 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA - repeat order lagi..

10:03:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum semua,Salam Ramadhan..Alhamdullilah,dua tiga hari nie kami mendapat repeat order lagi dari para peniaga di beberapa kawasan.Kak Sue agak busy tolong Abang Man uruskan penghantaran Pati Kelapa Laut MAN JAVA.Semua pertanyaan,mesej dan panggilan akan di balas secepat mungkin ye.Semoga kita semua sentiasa di murahkan rezeki yang berkat dan di permudahkan setiap urusan kita.Terima kasih untuk semua peniaga-peniaga yang memberi kerjasama yang baik.Untuk reminder Last Order untuk para peniaga Pasar Ramadhan ialah 12 Julai 2015.
Sekian,harap maklum dan terima kasih semua.. :)


4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA Pilihan Ramai

10:27:00 AM Kak Sue 9 Comments

Assalamualaikum semua,apa khabar hari nie..Kak Sue harap semua pembaca blog Kak Sue dan kawan-kawan  berada dalam keadaan sihat semuanya ye,maklum lah cuaca agak panas kan dua,tiga hari nie,dah la kita semua berada di dalam bulan puasa kan..kena banyakkan minum air kosong dan jangan lupa juga minum lah air Kelapa Laut MAN JAVA sebab produk Kak Sue dan Abang Man nie di masak dan di rebus bersama bahan-bahan yang boleh sejukkan badan,InsyaAllah dengan izin Allah kalau rajin minum badan akan lebih terasa segar dan tidak terasa lesu lepas berbuka..
Antara yang telah mencuba air Kelapa Laut MAN JAVA ..Anda bila lagi?






Kak Sue kongsi sebahagian dari pelanggan dan kawan-kawan Kak Sue..Terima kasih pada semua terutama pada Fonder #Kelabbloggerbenashaari..Tq Ben..

9 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kenanga WholeSale City Kompleks Macam-Macam Ada

3:45:00 PM Kak Sue 1 Comments

Assalamualaikum,Selamat berhari minggu semua,dah sebelas hari kita berpuasa ye..Sekejap je rasa masa berjalan.Macam mana dengan puasa korang,dengan anak-anak..okay tak?Tahun nie cuaca agak tak menentu,kadang pagi hujan sebelah petang nya panas terik pulak..Anak-anak Kak Sue ada yang tek berapa sihat demam dan kena ulser kat mulut,kesian je tengok.Macam mana dengan persiapan raya,dah mula shoping baju raya?Ada yang dah mula buat kuih raya?Kak Sue hari nie plan nak ke Kenanga..nak cari baju untuk kami sekeluarga,saje pergi awal senang kan dah siap semua nanti..tak ada lah kita kelam kabut atau pening tak ada size..
Kat sini pelbagai pilihan baju,kasut,handbag,tudung dan bermacam lagi lah..siapakan duit je..kebetulan hari nie hari minggu,ramai la juga orang..bermacam gaya dan kerenah dapat kita lihat..ehehe..harap semua dapat menjaga keselamatan anak- anak kecil tu ye..

Kak Sue tak sempat nak snap gambar bebanyak,ramai sangat orang.Kalau masuk sesetengah kedai tu nak jalan pun susah..Dah le letih pulak rasanya dok berjalan sana sini...Dah dapat apa yang Kak Sue dan family cari,kami pun cecepat la balik nanti petang nak niaga pula..nie pun dah rasa letih semacam dah...Selamat membeli belah ye pada yang shopping hari nie...jumpa lagi nanti,papai!!!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut MAN JAVA cawangan Melaka..

3:27:00 PM Kak Sue 1 Comments


Assalamualaikum semua..Alhamdullilah, Pati Kelapa Laut Man Java kini berada di area Melaka pula.Buat masa nie produk kami boleh di dapati di Pasar Ramadhan Cheng,Melaka dulu ye..InsyaAllah akan berada di area lain pula di Melaka lepas nie,nanti Kak Sue akan up date dari semasa ke semasa kat blog kesayangan Kak Sue nie..Terima kasih untuk semua peniaga dan pelanggan yang sudi berurusan dengan kami.Untuk stok peniaga Pasar Ramadhan tahun ini,semua order telah di TUTUP ye..melainkan yang repeat order sahaja.Sekian terima kasih sekali lagi.. semoga kita semua sentiasa di murahkan rezeki..aamiin!!

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cuti-Cuti Ke Pulau Langkawi

11:42:00 PM Kak Sue 7 Comments

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak berkongsi percutian Kak Sue dan family selama tiga hari dua malam ke Pulau Langkawi.Kak Sue bertolak dari Jeti Kuala Perlis ke Pulau Langkawi pada sebelah pagi,senang kan nanti nak cari tempat untuk menginap dan kereta,tapi sebelum tu Kak Sue singgah ke Restoran Laksa Kak Su yang terkenal tu,nama sama kan..ehehee,saje la nak rasa laksa Kuala Perlis.Tak lupa juga Kak Sue berkesempatan merasa pulut panggang kat situ,memang sedap,siap Kak Sue tapau lagi tu..




Sampai aje kat pulau ingatkan ada orang datang jemput atau guide kita pergi tempat penginapan.Rupanya call je ambik kereta yang kita dah booking tu,cari sendiri tempat yang kita nak tinggal tu.Agak mengecewakan la tempat yang Kak Sue sewa tu,indah khabar dari rupa.Nak tak nak terpaksa la jugak dok situ,dah bayar kan.Dah la cuti sekolah full semua tempat..sabar je la...

Tempat yang di nanti-nantikan nak pergi sejak mula sampai ke Pulau Langkawi Idaman Suri
Tak lupa juga Haji Ismail Group Mall..rambang mata tengok coklat dan pinggan mangkuk wei..

Kak Sue dan family sempat juga mengunjungi Makam Mahsuri,Cable Car dan UnderWater World


Telaga dan Makam Mahsuri
Rumah sekitar Makam Mahsuri..suka sangat tengok rumah lama nie


Sebelum ke tempat lain kita pekena Ais Krim Kelapa dulu..sedap gilaaaa...
Telaga Air Hangat..rendam-rendam kaki jap kat sini..
Singgah ke UnderWater World..boleh la melayan kehendak anak bongsu Kak Sue..tak ada yang menarik..biasa-biasa je..
Singgah juga Cable Car..tapi hakak is tak mo naik..gayat hokay..

Makan malam di Restoran Bambo Langkawi,boleh tahan la..tempatnya mengadap ke laut.Nak ambik gambar pun tak sempat,dah la cuak lantai nya bergoyang-goyang sebab terapung..ehehee..
Sebelum balik kita bergambar dulu di Dataran Lang..

Masa datang bawa tiga beg,bila balik tambah lagi tiga beg..tu pun nasib baik dah tak tau nak letak barang celah mana dah..
Pada Kak Sue Langkawi merupakan percutian yang paling best Kak Sue pergi dengan family Kak Sue sebab boleh sakan shoping coklat dan barangan rumah.Dari segi makanannya pula murah dan sedap serta berbagai pilihan.Ada duty free boleh shoping sakannn!!Rambang mata di buatnya..kalau boleh semua nak di angkutnya..Okay lah setakat ini saja kali nie jumpa lagi di perkongsian cuti-cuti Kak Sue yang lain ye..Papai!!

7 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.