Tetamu Di Hujung Minggu

11:59:00 PM Kak Sue 4 Comments

Assalamualaikum,Selamat hari minggu semua..buat apa hari nie?Seronok kan dapat menghabiskan masa bersama keluarga bersempena cuti sekolah nie kan.Kak Sue tak kemana-mana pun hari nie,dari pagi tadi sampai malam dok melayan tetamu bertandang.Agak keletihan tapi seronok dapat berkumpul dan berborak bersama keluarga yang datang dari jauh.Hari nie Kak Sue masak menu lauk pauk yang simple aje untuk tetamu dan juga Laksa Batu Kurau untuk keluarga abang ipar dari Teluk Intan dan adik Kak Sue dari Taiping,Perak.Seronok tengok anak buah makan bertambah-tambah...Kata orang tua,tetamu datang bawak rahmat dan rezeki untuk kita..so jangan riso kalau tetamu rajin datang rumah kita ye..ehehe..






Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah),maka di murahkan Allah rezeki keluarga itu,dan apabila tetamu itu keluar,maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu.." (HR.Dailami dan Anas)

Terima kasih Abang Mas sekeluarga dan juga adikku Syuhaiza Handalah sekeluarga..sudi datang jengah rumah Kak Sue..Datang lagi ye lain kali..Papai..!


4 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Cuti-Cuti Ke Pulau Pangkor

9:50:00 AM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua,kali nie Kak Sue nak bercerita percutian Kak Sue ke Pulau Pangkor yang pernah Kak Sue datang berbulan madu beberapa belas tahun yang lepas.Lama gila kannn..Teruja aje bila nak throw back..hamboi trow back giteww..muahahaha..Sebenarnya sebelum ke Pulau Pangkor kami singgah ke Cameron Highland dulu,memandangkan Kak Sue dan anak-anak belum pernah ke sana lagi.Kami sampai di Lumut agak lewat malam dan memutuskan nak bermalam dulu di Lumut.Esok pepagi lagi anak-anak dah excited nak ke Pulau Pangkor pepagi lagi dah bangun dan sibuk packing barang-barang.Selepas check out,kami sarapan dulu dan terus gerak ke pulau.


Anak-anak Kak Sue memang paling excited sangat,naik bot relaks je..Ibu nie ha,gelabah semacam..semuanya takut kalau Ibu depa nie ehehe..Sampai sana ambik van dan terus ke tempat penginapan.Kali nie kami memilih untuk menginap di Pangkor Bayview Beach Resort.Tempat agak selesa dekat dengan tempat makan dan menghadap ke laut..dan yang penting sekali ada kolam.Anak-anak Kak Sue memang suka mandi kolam..nahhh mandi la sepuas-puasnya nak..



Jalan-jalan pusing pulau waktu petang,sambil ambil angin dan melawat tempat-tempat tinggalan sejarah..Kota Lama dan Batu Bersurat..masih dalam keadaan terjaga..




Unik kan,Ikan Duri di awetkan untuk hiasan..Bermacam jenis ikan,size dan harga.Pilih je nak mana satu..Harga boleh di runding lagi..


Petang lagi mandi laut pulak..kasi can lah kan tak pernah merasa lagi anak-anak mandi laut.Ibu dan Abah feeling romantik la kejap..mengimbau kenangan berbelas tahun yang dulu..ehehe..





Sebelah malam kami makan malam di gerai tepi laut depan tempat kami nginap tu,not bad la..Semua fresh je,cuma servis agak lambat mungkin di sebabkan ramai orang kut..is hokay la kan..janji makanan sampai jugak..

Hari kedua kami sekelurga naik bot ke Coral Island.Pulau kecik ja untuk bersantai-santai,berehat nak snorkling pun boleh..Kak Sue is takut berenang kut tepi-tepi aje..ehehe..Janji dapat main air..


Dah siap mandi manda kat Coral Island,kami pun check out tengahari tu dengan rasa yang sangat happy..wah gituuu kooo!!!Anak-anak memang seronok dan mintak bercuti ke pulau lain pulak lepas nie..InsyaAllah kalau ada rezeki,pasti ke pulau atau tempat yang lain pulak.Dah sampai jeti,jalan-jalan lagi beli buah tangan nak bawak balik ke rumah..
Permandangan kat Jeti Lumut waktu sebelah petang..cantik kan..Semoga jumpa di percutian Kak Sue yang lain,jangan jemu singgah blog Kak Sue ye..Jumpa lagi..Papai!!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut Man Java Ubat Demam Adik

5:18:00 PM Kak Sue 2 Comments


Assalamualaikum,Salam Jumaat semua..Hari nie anak Kak Sue yang bongsu yang mesra dengan panggilan Adik tetiba demam la pulak.Pagi tadi merengek tak mau ke sekolah,bila dah tengahari badan semakin panas lagi,mata pun dah merah..Adik nie kalau demam,ubat lain tak mau dia makan,selalu mesti mintak Abah atau Ibu buatkan air Kelapa Laut Man Java je.Memang kalau tak demam pun Adik memang suka sangat minum air Kelapa Laut Man Java nie.Tadi Abahnya dah bancuhkan air dan potongkan isi Kelapa Laut yang boleh kita beli kat pasar-pasar tu,dalam bungkusan di packing sepuluh biji tiap bungkusan.Selalu Kak Sue order sekali banyak je buat stock.Kalau yang itu sepuluh biji pun boleh Adik abiskan..memang kesukakan Adik.Harap lepas minum air Kelapa Laut Man Java dengan izin Allah kurang la sikit panas badannya.Kesian pulak Ibu tengok...huhuhu..Kalau tak kebah jugak,jawabnya kena bawa juga le ke klinik..risau juga kan..

Sebelum nie pun ada  pelanggan Kak Sue pernah cuba berikan pada anak mereka yang demam.Alhamdullilah kebah la sikit demamnya tu dengan izin Allah juga la kan.Memang kami masak buah Kelapa Laut nie campur dengan bahan yang boleh sejukkan badan.Harap kami dapat menambah baikkan lagi produk kami agar lebih baik dari sekarang.Doakan ye kawan-kawan..Sampai sini saje kali ini doakan Adik cepat sembuh juga ye..Papai!!

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut Man Java

3:12:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,hari nie Kak Sue ada penghantaran Kelapa Laut Man Java untuk peniaga area Cheras,Kuala Lumpur.Dalam minggu memang dah mula busy menerima tempahan untuk Pasar Ramadhan dan dari kawan-kawan yang memang dah jadi pelanggan tetap Kak Sue tiap tahun,Alhamdulliah.Terima Kasih pada semua peniaga yang masih menjadi pelanggan tetap Kak Sue dan juga pada kawan-kawan yang tak jemu-jemu menyokong.Pada yang berminat untuk meniaga,untuk stok minum di rumah atau untuk tempahan majlis iftar bolehlah hubungi kami seperti tertera bawah nie ye..

Kelapa Laut Man Java
Nombor tel
012 5854998/ 012 5844736
Email
skabdy@yahoo.com

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Buffet Ramadhan di Grand BlueWave Hotel Shah Alam 2015

2:38:00 AM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,selalu bila tiba bulan Ramadhan kita semua rasa teruja dengan Bazar Ramadhan kan..berbagai pilihan juadah yang dapat kita lihat di situ.Jadi,sempena bulan Ramadhan nanti Restoran Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam mengadakan promosi Sinar Ramadhan dengan mengadakan gerai-gerai dengan seleksi hidangan 100% Halal,menu Tradisional dan Antarabangsa.
Pihak Restoran Royale Songket Grand BlueWave Hotel Shah Alam juga menyedia dua pakej iaitu
BARAKAH AL MUBARAK
RM125.00+ untuk dewasa
RM70.00+ untuk warga emas dan kanak-kanak
PROMOSI~1 HINGGA 10 RAMADHAN
RM90.00+ untuk dewasa
RM58.00+ untuk warga emas dan kanak-kanak

FITRAH AL MUBARAK
RM90.00+ untuk dewasa
RM58.00+ untuk warga emas dan kanak-kanak
bermula dari 11 Ramadhan dan seterusnya..

Antara menu-menu pilihan pula,Istimewa Mee Udang Sado,Kambing Golek,Turkey Kebab Skewer,Ayam Golek Percik,Cendol,Air Kelapa Muda dan tidak dilupakan terdapat jugak 250 jenis juadah yang akan di sediakan sebagai menu berbuka puasa nanti.Menarik kan..Jom kita lihat antara menunya..





Untuk yang suka makan seafood macam Kak Sue ada berbagai pilihan antaranya Tiger Prawn,Slipper Lobster,Oyster,Mussels ..Crab 






Untuk pilihan desert pulak ada berbagai jenis kuih muih,Cream Cramel,Puding,Serawa Durian dan macam-macam lagi.Juga tak lupa untuk anak-anak disediakan Cotton Candy,Popcorn dan pelbagai pilihan ais krim..tentu seronok kan anak-anak..






Surau juga ada di sediakan untuk yang mahu bersolat Magrib,Isyak dan Terawikh di Gasing Hall.Jadi tak perlu risau nak solat kat mana lepas berbuka ye..

Untuk Pertanyaan dan Tempahan :
Tel.nombor : 03 5511 8811 samb. 2801,2804 atau 2806
Email  : dosm@bluewazehotels.com
Facebook : www.bluewavehotels.com

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.