Hi-Tea Istimewa Hari Ibu di Grand BlueWave Hotel 2015..

7:02:00 PM Kak Sue 6 Comments

Assalamualaikum semua...Ibu merupakan anugerah yang tak ternilai bagi kita sebagai anak,dan apabila tiba sambutan hari Ibu rasanya tak dapat kita nak membalas jasa dan pengorbanan Ibu kita dengan apa sekali pun.Cuma setidaknya kita dapat mengembirakan hati Ibu kita, dengan meraikan Ibu kita dengan membelikan hadiah dan membawa Ibu kita keluar bersiar atau membawa Ibu keluar makan di tempat yang istimewa.

Untuk itu pihak pengurusan Hotel Grand BlueWave Shah Alam menawarkan Mother's Day Hi-Tea @Royal Songket Restoran pada 10hb Mei 2015 bersempena Hari Ibu nanti.Bagi yang mahu meraikan Ibu anda,hanya dengan rm69.00++ bagi dewasa,rm34.50++ untuk kanak-kanak,dan pastinya harga istimewa untuk Ibu anda rm55.00++ dengan harga yang sangat berbaloi dengan menu-menu dan acara-acara yang istimewa.Di antara menu yang menjadi pilihan hidangan istimewa ialah :

Mother's Day Hi-Tea Menu
Appertizer
Tomato Mozarella Salad
Szechuan Chicken Manggo Salad
Rojak Buah Penang
Chicken & Seafood Terrine Platter
Ceaser Salad with Condiment
Assorted Crudities with Avocado Dip & Bread Stick
Sup of the Day
Ox-Tail Asam Pedas
Cream Chicken Chowder 
Main Course
Lamb Shoulder with Green Pepper Corn Sauce
Fossy Egg Prawns
Mussel Au Grantine 
Morrocan Ouzi Rice
Desert
Pulut serawa Durian
Chocolate Banana Cake
Strawberry Peach Yogurt
Tiramisu in Glass
Manggo Pudding
Mini Cupcake
Colourful Mcaroon
Fresh Fruit Fountain
dan banyak lagi....








 


~Manggo Pudding~


~Mini CupCake so yummyyy!!~
Untuk yang lebih suka kepada makanan ringan sedikit boleh mencuba Seafood Vole Vaunt,Assorted Tempura dan Chicken Sharwarma. 

Bukan itu saja,pihak hotel jugak ada mengadakan acara istimewa untuk para pengunjung untuk meraikan ibu mereka iaitu pertandingaan Gorgeous Mom Best Dress ,Guessing Mom's Favourite,Sweet Words for Mom,Cake Decoration dan Sporting Dancing Mom bersama selebiriti terkenal Cik Adila Idris yang pasti meninggalkan kenangan manis untuk anda dan ibu anda.Oleh itu jangan lepaskan peluang yang hebat ini ye..pasti memuaskan hati anda dan mengembirakan hati Ibu anda.Untuk makluman anda juga hotel ini juga di lengkapi sijil halal yang disahkan oleh Jakim dan Jais.Jadi anda tak perlu risau tentang status halalnya ye.

Untuk tempahan tempat duduk boleh la di tempah tujuh hari sebelum 10 Mei 2015,iaitu bersamaan dengan hari ahad.Tempahan boleh di buat dengan menghubungi 03-5511 8811,ext 2723,2724 atau 2725.Anda juga boleh menghantar emal ke info@bluewavehotels.com atau layari www.bluewavehotels.com.


6 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Bayou CoffeeHouse Cafe | Aneka Selera Kampong..

4:00:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum semua.Hari nie Kak Sue nak bercerita makan tengahari yang telah di sediakan oleh Bayou Coffeehouse Cafe pada hari ahad hari tu bersempena dengan KBBA Blogger Day Out.Pelbagai menu di sediakan pada hari itu untuk makan tengahari kami.Dari lauk pauk sehingga la ke pencuci mulutnya,semuanya sedap dan menyelerakan.Lauk pauk nya ala masakan kampong siap dengan pelbagai jenis ulam dan sambal lagi..memang terangkat.!!Memang kena la dengan selera Kak Sue yang gemar masakan kampong..ehehehe..

~Pelbagai pilihan lauk pauk ala kampong..sangat menyelerakan~
~Rebung Masak Lemak~
~Masak Lemak Labu..~
~Sayur Masak Lemak Pucuk Manis~
~Sambal Tempe pun ada..~
~Ikan masin pun ada,Ikan masin lawan ngan masak lemak is sedap..~
~Ayam Masak Kicap~
~Kerabu Daun Selum dan Daun pegaga..~yang nie memang makan banyak,kesukaanku...sedap!!
~Pelbagai jenis sambal..pilih je yang mana mengikut selera anda..~
~Last but not least..ewahhh..Tapai Pulut sebagai pencuci mulut..~
Pelbagai lagi menu di sediakan di Bayou Coffehouse Cafe nie,tapi nie antara menu yang Kak Sue cuba pada hari tu,memang sedap dan membuka selera.Selain meyediakan menu makan tengahari Bayou CoffeeHouse juga ada menyediakan perkhidmatan catering untuk sebarang majlis seperti majlis perkawinanm,majlis hari jadi,majlis berbuka puasa,hari keluarga dan pelbagai lagi.Kepada sesiapa yang berminat untuk keterangan lebih lanjut boleh la menghubungi di nombor berikut ye :

Bayou CoffeeHouse Cafe
email~bayoucateringcyberjaya@gmail.com
03~83180088

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Blogger Day Out #KBBA 2015~ is Ohsemmmm!!!!

11:01:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,Salam sejahtera,apa khabar semua hari nie..Kak Sue masih dalam mood happy tak keruan dek Blogger Day Out #KBBA semalam,tak abis lagi feeeling seronok gila!!!Dari malam dah stand by barang yang di bawa,siap set jam takut terbabas nak bangun awal sebab nak sampai tepat waktu.Seawal lima pagi Kak Sue dah bangun packing puding yang nak di bawa untuk port luck.Tiba di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya terus mendaftarkan diri di kaunter pendaftran dan berkenalan dengan kawan blogger yang lain.Kemudian kami dibahagikan kepada empat kumpulan..merah,biru,hijau dan unggu untuk acara yang telah di sediakan oleh team AJK KBBA.



Sebelum memulakan acara yang lain,majlis di mulakan dengan bacaan doa dari blogger Zaini dan sedikit ucapan dari wakil KBBA Lan Careno.Selepas itu acara di teruskan dengan acara aerobik yang telah di lead oleh Fatin Bella,berpeluh jugak le badan walau ada sesetengah step tu tak dapat nak ikut sebab hakak is maluuuu..ehehehe...


Selepas selesai acara beraerobik,kami ke Driving Range untuk acara golf pula,iaitu Golf ala Blogger.Setiap ahli kumpulan di benarkan memukul bola sekali aje dan bola yang berada paling jauh pukulannya di anggap sebagai pemenang.Pertama kali pegang kayu golf,kena tak kena bola,itu belakang kira yang penting cuba dan enjoy..ehehehe..Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ini juga ada menyediakan kelas dan pakej untuk sesiapa yang berminat secara perseorangan atau berkumpulan (dua orang sahaja) dan untuk Junior Golfer bawah 18 tahun ye..



Selepas itu kami ke gelanggang badminton pula untuk acara seterusnya.Masih dengan team asal,dan perlu enam orang wakil dari setiap team untuk bermain badminton dengan hanya satu reket.Aje gila enam orang main satu reket,itu yang buat hapenning tu kalau nak tau,...riuh rendah dengan gelak tawa dan gelagat memasing yang mencuit hati..seronok sunggoh..



Bagi acara yang ketiga pula,kami di minta berkumpul di track gokart.Selepas di beri penerangan serba sikit dari penyelia di sana,kami dibenarkan mencuba gokart selama 10 minit setiap orang.Mulanya takut jugak nak mencuba,tapi tengok ramai jugak kawan-kawan yang mencuba,naik semangat nak cuba la jugak..dah cuba seronok la pulak..hahahaa..hilang semua takut tadi..




Selepas semua group selesai mencuba gokart tiba lah masa bergambar beramai-ramai sebelum kami semua di benarkan berehat,solat dan makan tengahari di Bayou Cafe.Menu yang di sediakan sedap-sedap belaka siap ada pencuci mulut,iaitu buah-buahan,bubur pulut hitam dan tapai pulut,pilih aje mana yang menepati selera.


Selesai makan dan berehat serta solat,kami meneruskan acara yang ke5,Paintball pula.Yang ini memang Kak Sue tak join,takut wei kena tembak,walaupun begitu tetap memberi sokongan kepada kawan-kawan yang lain.Seronok pulak tengok depa main..walaupun hujan sekejap tapi kawan-kawan tetap tak berganjak,semangat betul..


Sambil berehat dan memberi sokongan untuk kawan-kawan kita minum nie dulu..terima kasih Yeos Malaysia.. is sedapppp..!!
Akhir sekali,kami di arah ke dewan semula untuk upacara penutup.Sedikit ucapan dari pengasas KBBA Ben Ashaari serta acara penyerahan saguhati  juga dari KBBA dan juga cabutan bertuah dari para penaja.Hari nie jugak menjadi hari bertuah Kak Sue pertama kali menyertai BDO KBBA dan Kak Sue antara yang memenangi cabutan bertuah tersebut.Alahmdullilah..Seronoknyaaaaa..



Terima kasih kepada team AJK KBBA dan saudara Ben Ashaari kerana mengadakan Blogger Day Out KBBA yang sangat ohsem!!!Di harap masa akan datang Kak Sue berkesempatan menghadiri lagi acara sebegini.Bak kata JuJu..pecah rasa takut untuk berani mencuba!!Terima kasih jugak di ucapakan untuk semua pihak penaja di atas kesudian menaja hadiah-hadiah yang menarik serta lokasi bagi Blogger Day Out KBBA 2015.Antara para penajanya:

Kelab Komuniti Cyberjaya
www.facebook.com/kelabkomuniticyberjaya
Cyberview Cyberjaya
www.cyberview.com
Yeos Malaysia
www.yeos.com
Cosmoderm
www.cosmoderm.com
Crazycrunchy
www.crazycrunchy.com/pengedar
Natalia
www.natalia.com
Stam N Print Enterprise
www.stampnprint.blogspot.com


Terima kasih sekali lagi.Jumpa lagi di tahun hadapa,InsyaAllah.Blogger Day Out KBBA 2015 is Ohsemmmmm!!!



0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.