Piala Malaysia Separuh Akhir 2015

Assalamualaikum semua,hari sabtu yang lepas Kak Sue berkesempatan ke stadium bolasepak Shah Alam,bukan semata-mata tengok bola Kak Sue berniaga kat sana.Kak Sue memang ada kiosk kat dalam stadium tu,Alhamdullilah dah empat tahun Kak Sue dapat peluang berniaga kat dalam stadium Shah Alam,harap tahun depan pun ada lagi rezeki Kak Sue..ehehe..


Tahniah Kak Sue ucapkan pada pasukan Selangor kerana berjaya mara ke separuh akhir untuk Piala Malaysia tahun nie.Pasukan Selangor atau lebih di kenali dengan nama The Red Giants berjaya menumpaskan pasukan Sarawak pada suku akhir kedua.Stadium pun hampir penuh pada hari tu,bersemangat dan meriah betul..seronok tengok gelagat para penyokong
Tahniah juga Kak Sue ucapkan pada tiga lagi pasukan yang juga layak ke separuh akhir iaitu Pahang,Kedah dan Felda utd.Apa korang punya pasukan pilihan yang layak ke final tahun nie?Sama-sama kita tunggu pasukan mana yang layak ke final Piala Malaysia tahun nie nanti ye..Papai!

Post a Comment

0 Comments