Sambal Tumis Bilis Petai

June 22, 2015

Assalamualaikum semua, hari nie Kak Sue nak kongsi resepi mudah aja. Rasanya semua orang pun pandai menyediakan sambal tumis kan..Sambal tumis berpetai nie merupakan kegemaran Kak Sue sekeluarga, tak kira la ikan bilis, udang atau sotong. Kalau buat sambal tumis nie memang menambah-nambah makan nasinya,seronok tengok anak-anak makan..berselera betul makannya..Macam biasa jomlah kita tengok resepi Sambal Tumis Bilis Petai nie jom..

sambal tumis bilis petai
Sambal Tumis Bilis Petai

Sambal Tumis Bilis Petai

Bahan-bahan :

1 mangkuk ikan bilis (dicuci,ditoskan dan di goreng garing)
1 mangkuk cili kisar
1 1/2 biji bawang besar~di kisar
3 biji bawang putih~di kisar
1 inci halia~di kisar
1 keping asam keping
2 sudu gula
Petai secukupnya
Minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan kan minyak dan tumis bahan yang di kisar tadi sehingga naik bau
Masukkan cili kisar,biarkan cili  mendidih sehingga masak
Masukkan asam keping dan air mengikut kepekatan yang di mahukan
Kemudian masukkan petai,gaul sebentar kemudian boleh lah masukkan ikan bilis tadi
Akhirkan sekali masukkan gula dan garam secukup rasa
Sedia untuk dihidangkan

You Might Also Like

1 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.