Cheese Cake

March 27, 2015


Assalamualaikum,Salam sejahtera untuk kawan-kawan semua.Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi datang melawat Blog Kak Sue yang tak seberapa nie.Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah,di beri kesihatan yang baik dan berbahagia bersama keluarga tersayang.Untuk resepi hari ini Kak Sue nak sharing resepi Cheese Cake yang Kak Sue dapat dari kawan lama yang telah di anggap sebagai keluarga sendiri iaitu Chef Afendi semasa Kak Sue dan Abang Man sama-sama bekerja satu tempat dulu.Jangan tak tau ye Abang Man merupakan bekas Chef masakan jugak ye,tapi masakan lauk pauk dan Italian saje,desert dan kek memang ke laut..hihihi..Jangan marah ye Yang!Kak Sue pulak bekerja sebagai Cashier kat situ,kan Kak Sue suka kira duit,sampai la nie suka kira duit..miahahaha!!!Di situ jugaklah cinta berputik dengan Abang Man..hamboi..haahaha,dah kisah cinta pulak ye..dan di sebabkan anak dara Kak Sue suka sangat dengan Cheese Cake jadi Kak Sue pun mencubalah resepi ini..Jom kita tengok resepinya ya..sedap tau..

Cheese Cake
Bahannya:
500 gram Cream Cheese
137.5 gram Gula aising              
23.5 gram Tepung jagung
2 biji Telur
22 gram Susu segar
125 gram Whipping cream
3 nos Air lemon

Meringue:
70 gram Telur putih
70 gram Gula kastor

Sugar Dough (tapak kek)
500 gram Sugar dough (Kak Sue kurangkan)
150 gram Butter

Appricot Glaze
100 gram Air
100 gram Appricot
50 gram Gula
50 gram Glukos

Caranya:
Utk Sugar dough
Kak Sue gunakan 250 gram biskut, hancurkan dan di gaulkan dengan butter,biarkan sejuk dalam peti ais.

Untuk Cream Cheese
Putar cream cheese dan gula aising hingga kembang
Masukkan Tepung jagung,putar lagi dan masukkan telur satu persatu
Kemudiam masukkan susu segar,putar lagi dah agak sebati masukkan whpping cream,akhir sekali masukan perahan lemon

Di bekas lain
Putar telur putih dan gula putih sehingga menjadi soft peak

*campurkan kedua-dua bahan ini,gaul sebati*

Masukkan bancuhan cheese ke dalam loyang yang berisi sugar dough tadi dan bakar pada suhu 150C selama I jam..Biarkan sejuk,boleh la sapu apricot glaze dia atas cheese kek tu ye..


~Selamat Mencuba...Papai..~                                



You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.