Kek Red Velvet Cheese

May 14, 2013

Assalamualaikum..Selamat pagi semua kawan-kawan..harap kawan-kawan semua sihat di sampaing keluarga tersayang.Cuaca 2,3 hari nie tak berapa menentu kadang panas terik,kadang hujan,tu yang ada batuk,ada yang sakit tekak dan selsema..Selamat menjaga kesihatan ya semua....macam pagi nie rasa berbahang ja,kering rasa tekak,nak kena minum air kosong banyak hokay..Hari nie saya nak share resepi Kek Red Velvet Cheese dari kak Chahaya Shiela kita..rasa macam teruja nak cuba..hamboi teruja no..ehehe..pasai resepi nie ada yogurt tentu rasa lain dari yg lain kan..yang pasti memang sedap..Tq ya kak Shiela sebab kongsi resepi,saya kongsikan ya dengan kawan-kawan..Jom la kita tengok resepi no..

~Kek Red Velvet Cheese~
Sumber resepi~Chahaya Sheila
Bahan
250gm High Grade Butter(used SCS..tapi saya pakai butter biasa ja)
1/2 cawan Minyak jagung
2 sudu besar Serbuk Koko
200ml Natural Yogurt
1 1/4 cawan Gula Kastor
2 biji Telur Grade A
2 Cawan Tepung Kek
1 sudu teh Pure Vanila estrak
1 sudu teh Soda Bicarbonate
1 sudu teh Cuka/Lemon Juice
1 sudu teh Wilton Red gel paste

Note dari kak Sheila:Tepung Cake BUKAN tepung Naik Sendiri ye..Jangan SILAP nanti lain texturenya.Sebaiknya buat sendiri,bagi sukatan 1 cawan,masukkan 2 sudu besar Tepung Jagung dan penuhkan selebihnya dengan tepung Gandum.Ayak sebelum di gunakan ye.Kandungan tepung jagung dalam cake membuat rasanya lebih sedap.Selain itu pastikan menggunakan bahan yang berkualiti untuk mendapatkan  Cake yang betul betul sedap..

Caranya
Cairkan mentega dan minyak jagung (guna kaedah double boiler) hingga cair dan sejukkan sebentar.Ayak tepung cake yang kita buat tadi bersama serbuk koko.Dengan menggunakan mixer,pukul gula kastor dan telur sehingga sebati.kemudian masukkan yogurt yang telah di bancuh dengan gel pewarna merah,pukul sebentar hingga mesra.Selepas itu,masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di adun hingga sekata.Tuang vanila extract,gaul rata dan asingkan la adunan dalam 2,3 sudu untuk di buat corak nanti ye.Akhir sekali campurkan soda dan cuka/lemon juice di dalam bekas kecil,kacau dan tuang cepat cepat dalam adunan.Gaul rata dengan pantas,tuang dalam loyang 4 segi bersegi 9"x9" atau 10"x10" dan terus bakar dalam40-50 minit pada suhu 175c(bergantung pada oven masing2)atau sehingga brownies masak.Sementara tunggu brownies masak tu,kita boleh la buat adunan cheese pulak..



Bahan Lapisan Cheese

350gram cream Cheese (saya guna 250 ja)
1 cawan Gula Ising
1 Biji Telur Gred A
1 Sudu Besar Lemon

Dengan menggunakan mixer,putar cream cheese hingga berkrim.Masukkan gula icing dan pukul sehingga sebati.kemudian masukkan jus lemon dan puterkan lagi.Tuangkan atas brownie yang telah di masak tadi dan ratakan.Tak perlu sejukkan brownies tu.isikan adunan brownies yang dia singkan tadi dalam piping beg dan buat corak ikut kerativiti memasing.lepas tu bakar lagi dalam 30 minit atau hingga masak.Biarkan betul sejuk baru di potong dan di hidangkan..siap dah..

~Selamat Mencuba hokay..papai!!~




You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.