Puding KokTail

March 15, 2013

Assalamualikum..Selamat Pagi,Salam Jumaat hari yang penuh keberkatan.semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah.Pagi nie saya nak kongsi resepi puding paling senang dan ringkas tapi sedap..ehehe..maklum lah sekarang nie cuaca agak panas pada tengahari membawa ke petang,bila malam kadang2 hujan..wahh..macam ramalam cuaca la pulak.bila tengahari tu bila dapat membasahkan tekak ngan puding nie wahh..nyaman rasanya.okay lah tanpa membuang masa marilah kita tengok resepi yang ringkas dan mudah nie..

Puding Koktail
Sumber resepi~My Resepi

Bahan
1 peket Serbuk agar-agar(11gram saya tambah dalam 15gram)
2 biji Telur
4 cawan Air(saya tambah lagi 1/2 cawan)
1 cawan Gula
1/2 tin Susu Cair(saya masukkan 1 tin)
2-3 s/b Tepung Kastard
1 tin Fruit Koktail

Cara-caranya
Masak agar-agar dengan gula dan air hingga larut
Pukul telur dan campurkan tepung kastard,kacau rata dan ketepikan
Bila campuran agar-agar tadi larut,masukkan susu cair
Bila mendidih masukkan campuran telur dan kastard dan masukkan fruit koktail
Tutup api.Masukkan kedalam acuan atau loyang kegemaran.Sejukkan..lepas tu boleh la dihidangkan ya..*Sentiasa kacau bancuhan tau*

~Selamat Mencuba~papai...

You Might Also Like

4 ulasan

  1. salam aida....
    mohon share resepi...nampak menarik

    ReplyDelete
  2. salam,,wah pandai mask rupanya..hi hi

    ReplyDelete
  3. wasalam..tak de la pandai sangat..masih belajar..hihi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.