Kuih Lapis Tiga Warna

February 06, 2013


Assalamualaikum,Selamat petang semua..hari nie tetiba rajin la pulak nak buat kuih..lepas ja masak tengahari tadi terus la bancuh buat Kuih Lapis 3 Warna nie..agak mudah resepi nya yang saya ambik dari Blog kak CT Delima..Tq ye kak sharing resepi..nie kali kedua dah buat nie..so tak payah la berceloteh banyak..lagi pun saya bukan reti sangat nak tulih panjang..ehehehe..kita tengok resepi di bawah ye..

Kuih lapis 3 Warna
Resepi: Che CT

Bahan
2 cawan Tepung gandum
1/4 cawan Tepung jagung
1/2 cawan Tepung beras
3/4 cawan Gula pasir
3 1/2 cawan santan~tambah jika perlu
1 camca teh garam
1 sudu kecil pewarna kuning + 1/2 sudu teh perisa pisang
1 sudu kecil pewarna hiajau + 1/2 sudu kecil pandan emulco
*saya letak perisa pandan je..*

Cara
Panaskan periuk kukus.Sapukan loyang 7/8 inci dengan minyak dan alaskan dengan plastik.
*Saya tak letak pun plastik..ehehehe
Campurkan semua bahan kecuali pewarna dan perisa.Kacau dengan whisk hingga larut
Tapiskan adunan dalam mangkuk lain dan bahagikan kepada tiga bahagian..sama banyak ye
Satu adunan diwarna kan kuning,hijau dan satu biarkan plain saja na..
Mulakan dengan adunan warna putih dan kukus 7-8 minit atau sehingga masak
Buat berulang2 hingga habis adunan dan akhir sekali kukus selama 15 minit,balut penutup pengukus dengan kain bersih..sekali lagi Shu tak balut pun..tapi Shu lap penutup pengukus setiap 5 minit..konon rajin la sangat tu..ehehehe
Bila dah siap 15 minit,buka tutup kukusan dan biarkan adunan dalam periuk kukusan 3 minit lagi
Kemudian baru di tutp api dan angkat kuih tu ya..
Sejukkan betul-betul dulu,baru potong..
Selamat mencuba ya kawan-kawan...

You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.