Talam Roti Paun

January 28, 2013




~Assalamualaikum..Selamat pagi semua..semoga kita semua sentiasa dalam keberkatan dan lindungan Allah ya..pagi nie Shu nak kongsi resepi Talam Roti Paun yg di ambil dari blog Sinar Kehidupanku..terima kasih ya kongsi resepi..mai kita tengok resepi nya di bawah..

Talam Roti Paun
Lapisan Bawah
Bahannya
13 kepng Roti Putih Gardenia~di carik2
2   biji telur
50 gram Raisin~Shu tak letak pon..
1/2 cawan Gula halus
1/2 s/k Garam
1/4 Vanila essence
150ml Santan pekat
300ml air

Cara~caranya
Satuka semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
Masukkan ke dalam loyang 10x10x2"(sapu minyak dulu keliling loyang dan alas plastik)
Kukus selama 25 minit
Apabila masak,angkat dan cakar dengan garfu
Jika terdapat air kat permukaan loyang tu sengetkan sikit loyang,buang air guna sudu atau tisu ye,pastu baru masuk kan lapisan tengah..

Lapisan Tengah
1/2 cawan Tepung gandum
1/2 cawan Gula halus
1/2 s/k Garam
2 Biji telur
100ml Santan pekat
300ml Air
~sedikit pewarna hijau
~sedikit perisa pandan

Cara~cara
Satukan semua bahan2,kacau rata dan tapis ke dalam periuk
Masak hingga naik wap,guna api sederhana je..dan kacau pakai whisk je..masak jangan terlalu pekat atau cair,adunan tu seolah2 mcm susu cair je..Shu guna kaedah double boilt..
Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit.(dah masak,cakar dengan garfu ye)

Lapisan Atas
1/2 cawan Tepung kastard
1/2 cawan Gula halus
1/2 sk garam
1/8 sk Vanila essence
3 biji Telur
100ml Santan pekat
300ml Air
sedikit pewarna kuning/oren(tak letak pun x pe)

Cara~cara
Sama mcm lapisan tengah..Satukan semua bahan2 dan tapiskan
Masak jangan terlalu pekat atau cair,guna api sederhana dan sentiasa kacau supaya tak berketul2
Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit jugak
Sentiasa lap tutup pengukus..Shu pun lap penutup pengukus..kalau nak senang balut ja penutup pngukus ngan kain..
Dah masak,angkat dan sejukkan.Bila sejuk boleh la di potong..

Selamat mencuba ya..







You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.