SeriMuka Hijau

Assalamualaikum..hai semua..lama betul tak up date blog Shu yang tak seberapa nie..maklumlah sibuk dengan anak2 yg bersekolah..dengan keje...

Assalamualaikum..hai semua..lama betul tak up date blog Shu yang tak seberapa nie..maklumlah sibuk dengan anak2 yg bersekolah..dengan keje2 rumah..nak tolong suami niaga lagi depan rumah..sampai tak nyempat nak up date blog dah..ehehe..hari nie Shu nak kongsikan resepi yg di ambil dari blog kak Chahaya Shiela..kuih Serimuka salah satu kuih kegemaran Shu..biaq berseri2 muka bila makan no..miahahaha..okey lah..mari kita tengok bahan2 nya kat bawah nie ye..TQ jugak utk Kak Shiela yg kongsi resepi nie ye..

SeriMuka Hijau
Bahan2nya:
Lapisan Atas:
200ml Santan Kotak(Shu pakai santan kotak KARA)
4 biji telur
1 cawan Gula Pasir
2 cawan air
3/4 Cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung  
10 helai Daun Pandan
secubit Garam
sedikit Pewarna hijau
sebatang Kulit Kayu Manis(kalau suka no)

Lapisan Bawah:
3 cawan Beras Pulut Susu(Shu pakai beras pulut biasa je)
1 cawan Air
200ml Santan Kotak
Garam secukup rasa(lebih kurang dua sudu kecil..)

Cara Bahagian Bawah:
Tosakan beras pulut yang di rendam tadi,Shu rendam dalam sejam lebih..kalau pulut susu bak kata kak Shiela tak payah lama2 cukup sejam je,lepas tu masukkan dalam loyang dan ratakan.Masukkan santan,air dan garam lepas tu kacau dan kemudia masukkan ke dalam pulut tadi.Kukus lebih kurang 15-20 minit atau sehingga pulut masak dan kembang betul.Lepas tu dia nagkat keluar dari kukusan,tekan2 dan mamptakan pulut.Ketepikan dulu no..

Cara Bahagian Atas:
Blend daun pandan bersama 2 cawan air dan kulit kayu manis (jika suka),Shu pakai perisa pandan je..tapi kalu guna daun pandan lagi sedap..ehehe..satukan santan,gula,telur,garam,air daun pandan dan pewarna hijau kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung kacau sehingga sebati..lepas tu masak sekejap secara double boilt hingga agak pekat ye.Lepas tu baru tuang atas pulut yg di mampatkan tadi..kalau berketul2 blh tapis ye..Kukus dalam 30 minit.Api kukusan jangan kuat sangat takut air kukusan tu jatuh kat atas permukaan kuih tu dah tak lawa kuih kita kan..kalau boleh balut kan dengan kain atau tuala bersih penutup kukus tu ye..Shu lap je..terlebih rajin la katakan..ehehe..Bila dah masak jangan terus tutupkan apinya,biar dikukus sekejap dengan penutupnya  terbuka lebih kurang 10 minit untuk mengeringkan air yang ada di permukaan kuih kita tu.Sejukan dulu betul2 baru di potong no..baru cantik kuih kita..Selamat Mencubaaa...



You Might Also Like

0 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen ❤

Segala yang terkandung dalam terbitan entri adalah pendapat peribadi penulis. Perubahan butiran atau informasi mungkin berlaku tanpa ada sebarang pemberitahuan. Terima kasih singgah blog Shuhaida Kabdy.