Salam Maal HijraH

1:03:00 PM Kak Sue 0 Comments


Assalamualaikum,Selamat tengahari.Apa khabar kawan-kawan semua,di harap semua berada dalam lindungan Allah sentiasa..Hari nie kita menyambut tahun baru dalam bulan Islam dan di harap kita berhijrah agar lebih baik dari sebelumnya..moga kita masih di beri peluang untuk memperbaiki diri kita dan amalan-amalam kita ye..moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah,di murahkan rezeki,dan berkat..di beri anak-anak yg soleh dan solehah..cemerlang dunia akhirat dan baik akhlaknya..juga di beri kebahagian pada kelurga kita..Moga tahun memberi sinar dan lebih baik untuk kita semua..aamin...Slam sayang Dari Kak Sue  :)

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Durian Crepe Kak Sue

9:27:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum..Selamat malam..harap kawan2 semua berada dlm kesihatan yg baik dan juga sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah..lama dah tak menjenguk blog Shu nie..mcm bz beno ye..ehehehe..diam tak diam dah cuti sekolah dah kan..hari nie hari terakhir persekolahan..dah plan ke nak pegi bercuti kemana2 dgn keluarga?Shu pun belum lagi plan nak kemana2 dengan keadaan cuaca sekarang nie..tiap2 hari hujan je ye..ok lah tujuan sebenar nye nak share resepi yg di kongsi oleh Kak Reen Durian Crepe..sekarang nie tengah demam Durian Crepe..mana2 pun org dok sibuk bercerita pasal Durian Crepe nie,Shu pun tak nak ketinggalan nak mencuba nya..punya mencuba..dan cuba..resepi yg di sharekan oleh kak Reen lah  kejadian yang cantik dan licin sekali.,terima kasih banyak2 lah pada kak Reen dan Eyna yg sudi berkongsi resepi dgn Shu ye..ehehehe..jadi tanpa membuang masa mari kita lihat bahan2 nye ye.


Durian Crepe
Resepi asal : Kak Reen & Eyna Hanena
Bahan2nya:
20gram tpg gandum
20gram tpg ubi
10gram tpg kastard
10gram tpg jagung
1 biji telur
1 sdb minyak masak
1 sdb gula halus
40 ml susu cair
150 ml air
pewarna pilihan masing2

Cara2nya:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk,sebatikan dgn whisk dan tapiskalau pekat tambah air je sikit
boleh jugak kalau nak blender..cuma sedikit berbuih,kena hilangkan buih2 tu dulu utk elakkan crepe
akan berlubang bila banyak buih(Shu blender je..Al'dullilah elok je kejadiannya)
Ambik sesenduk kecil..tuang adunan dalam kuali yg di pegang
Layangkan kuali agar adunan sekata
Masak atas api kecil
Masak hingga adunan kering,angkat..tak perlu terbalikkan masa angkat tu ye

Filling:
150ml Fresh Cream di putar hingga kental(boleh mix sekali dgn 2 sdb isi durian)
Isi durian
Letakkan FC lepas tu leratk isi durian dan kemudian letak lagi FC di atasnya
Lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..




~Selamat mencuba ye kawan-kawan~




0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.