Snow Puding

8:52:00 PM Kak Sue 2 Comments

Assalamualaikum..semenjak dua menjak nie cuaca tak menentu,kejap panas..kejap hujan..,kalau tak betul2 jaga mau terganggu jugak kesihatan kita kan..ptg tadi Shu rasa nak mencuba pulak resepi yg dah lama simpan,mula2 buat dulu tak menjadi..cuba lagi kali ni Al'dullilah..boleh la tahan,tak le seperti kejadian tuan empunya resepi Azliza Aziz kita tu..cantik dan kemas aje kalau buat apa2 resepi..salah sorang idola jugak tu..tanpa meleret2 lagi jom la kita tgk resepi nya ye..



Snow Puding
Resepi Asal : Azlita Aziz
Bahan2nya:
Lapisan Susu
4 gram agar2 serbuk
50 gram gula
200ml susu segar
175ml whiping cream
1~2 titik esen vanila

Lapisan Strawberry
4 gram agar2
250gram strawberry
75gram gula
75ml air
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink

Lapisan Coklat
4 gram agar2
65 gram gula
25 gram serbuk koko
375ml susu segar
1 biji kuning telur
sedikit coklat emulco

*beberapa biji strawberry di hiris untuk hiasan*

Caranya~
Sediakan loyang berukuran 8 inchi
Bilas loyang dng air
Potong buah strawberry kepada kepingan
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dgn buku latihan di sebelah bahagian saje,utk sengetkan kedudukan loyang

Cara membuat~Lapisan Susu
Dalam periuk kecil satukan susu segar,serbuk agar2 dan esen vanila.Kacau rata
Panaskan api sederhana,tambah gula kacau hingga larut
Matikan api.Tambah whping cream dan kacau rata
Tuang dalam loyang dan biarkan mengeras

Cara membuat~Lapisan Strawberry
Blender kan buah strawberry dengan sedikit pewarna pink dan air hingga hancur
Satukan jus strawberry dengan agar2 dan gula,masak atas api perlahan hingga aduan melarut
Kemudian matikan api
Dalam bekas lain yg kering,putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar2 dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar2 strawberry.Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan dia atas lapisan susu tadi
Mulakan bahagian tepi loyang,biarkan mengeras

Cara membuat~Lapisan Coklat
Dalam periuk kecil satukan susu segar,agar2 dan gula masak atas apai perlahan sehingga larut
Dalam cawan kecil larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar2
Pukul sedikit kuning telur,ambil sedikit adunan agar2 coklat dan tuangkan ke dalam kuning telur
Kacau rata,tuang kembali adunan kuning telur yang bercampur agar2 coklat tadi ke dalam baki agar2 tadi
Tambah coklat emulco dan kacau rata
Tarikkan lapisan buku latihan tadi,biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry tadi
Mulakan bahagian tepi loyang
Guna sudu untuk menuang
Biarkan puding sejuk dan menggeras,simpan dalam peti ais untuk rasa dingin


~Selamat Mencuba~








2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kerabu Daging

8:42:00 PM Kak Sue 0 Comments

Kerabu Daging

Assalamualaikum~nak masukkan resepi tak termasuk2 jugak..nie ada kesempatan boleh la edit resepi dlam blog Shu yang tak seberapa nie..kdg2 tiap2 hari memikir apa yg nak di masak dan tak berselera nak makan..buat kerabu nie sedap jugak makan nasi..bertambah2 makan..jom tgk resepi yg Shu ambik dari kawan Shu Cik Bunga..

bahan2nya(resepi nie ikut byk mana kita nak agak2 aje ye)
Daging di rebus dan di potong nipis2
Bawang besar*
Cili merah*
Cili padi*
Bunga Kantan*
Tomato*
semua bahan2 yg bertanda * di mayang halus ye
Gula
Garam
Asam Jawa
Serbuk Perasa

Cara2nya
Masukkan daging yg telah di hiris tadi dlm mangkuk
Masukkan semua bahan2 yg telah di mayang tadi
Masukkan semua bahan2 perasa tadi,garam.gula,asam jawa dan serbuk perasa
Selaraskan lah rasa dan blh la di hidangkan..

~Selamat Mencuba~


0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Apam Polkadot

8:08:00 PM Kak Sue 0 Comments


Assalamualaikum,dah lama dah  tak buat apam polkadot nie.Saje nak masukkan resepi untuk sesapa yang nak cari resepi nie.Masa mula-mula dulu memang gila kejap dok buat apam nie..sampai buat jual kat Pasar Malam dan ambik tempahan.Sekarang pun kalau orang nak tempah masih terima lagi,tapi yg berdekatan saje la ye.Okey lah kita tengok resepi kat bawah nie ye..

Apam Polkadot
Sumber resepi dari~ Dapur KakZu(tapi Kak Sue dah adjust sikit resepinya)
Bahan2nya:
3 biji telur
2 cawan tpg gandum
1 cawan gula halus
1 cawan susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallete
1 sudu esen vanila
Perasa dan pewarna pilihan masing2 ye..
Kalau nak buat ada filling tu pilih la nak letak coklat ke,sekaya ke,terpulang pada pilihan masing2 ye

Cara2nya:
Pukul gula,telur dan ovalette hingga kembang dan berkrim
Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar
Panaskan periuk kukus dulu dengan api sederhana ye
Kukus selama 10 minit..

*setiap kali nak kukus apam lap kan tudung periuk kukus tu ye*

~Selamat Mencuba~



0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Puding Karamel

6:34:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum..Selamat petang..semalam terpikir2 nak buat apa untuk berbuka..godek sana sini cari resepi yg mudah sebab ptg tu nak niaga..last2 terjumpa resepi Puding Karemal yg mudah nie..sebelum nie ada jugak buat..jadi terlembik lah..kdg2 ok. plk..so kita cuba resepi nie yg sangat mudah dan cepat...jom kita tgk resepi nya ye..


~Puding Karamel~
Bahan2nya:
7 biji telur
1 tin susu pekat
1 cawan air
3 sudu gula

cara2nya:
~Sediakan loyang..masukkan 3 sudu gula dan jadikan gula perang~ketepikan
~pkul telur hingga berbuih
~masukkan susu dan gaul rata
~masukkan air dan gaul hingga sebati
~masukkan sedikit garam
~tuangkan ke dalam loyang tadi dan kukus selama 45 minit
~angkat dan sejukkan..

~Selamat Mencuba~



0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Makan-Makan Di Rumah Kak Sue 2012

6:22:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,apa khabar kawan-kawan semua,masih dalam mood raya dan rumah terbuka ke?Minggu lepas Kak Sue sempat la buat makan-makan sikit kat rumah.Memang niat nak buat sikit sambil nak buat untuk besday anak sulung Kak Sue,si Kakak.Jadi panggil kawan-kawan yang terdekat je lah,kawan facebook,kawan sekolah dan kawan niaga.Amboi punya ramai kawan ye,Alhamdullilah ramai juga yang datang memeriahkan.

Kak Sue buat laksa dan lauk kampong yang simple aje,sebab dah jemu kan makan lauk ayam dan daging,rendang.Asyik-asyik menu yang sama je.Abang Man tolong gorengkan ikan masin,iakn Temenung Rebus dan buat sambal belacan.Tq ye suamiku sayang,ehehe..mendapat pujian ramai lagi tu sambal belacan nye.Tengok kawan-kawan makan menambah seronoknya,hilang segala keletihan seharian memasak dan melayan tetamu yang datang.

Desert nya Puding Susu Strawberry dan Puding Roti Pelangi,tak lupa pebret anak dara Kak Sue Coklat Cheese Brownies Kek..suka sangat dia ngan kek tu...
Akhir sekali dok sembang tu leh la sambil-sambil makan jeruk dan asam.Ada yang Kak Sue beli kat Pekan Rawang,ada yang Kak Sue kirim dari kawan yang kebetulan ke Penang.Sedap tau jeruk dari Penang nie.Maka selesai lah sudah cerita pasal makan-makan di rumah Kak Sue.Sehingga berjumpa lagi di lain kali ye semuaaa...Papai!!

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.