Agar-Agar Merah

2:54:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum..Selamat ptg semua,kejap lagi dah nak pegi niaga Pasar Ramadhan,sambil2 kemas rumah basuh baju..siapkan sikit brg2 utk niaga buatkan lah utk anak2 dan suami Agar2 utk berbuka nanti..agar yg simple je..sebab anak yg nombor dua tu tak suka agar2 bersantan jadi buat lah yg biasa dan satu yg bersantan..mari kita tgk resepi

Agar2 Merah:
bahan:
10 gm agar2 serbuk
1 liter air
8 sudu besar gula
garam secubit
daun padan

Caranya:
1.Masak agar n air hingga larut
2.Masukkan gula dan garam seta daun pandan
3.Masak hingga didih~siap....

Yg gula melaka tu pun sama..cuma tambahkan gula merah 1 cawan dan santan  1 kotak
(Sue ikiut resepi agar2 gula merah kak Samie..tq kak)

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pasar Ramadhan BTP

9:51:00 AM Kak Sue 0 Comments


Assalamualaikum,diam tak diam dah lima hari kita berpuasa.Kak Sue ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa untuk semua kawan-kawan yang sudi melawat blog yang tak seberapa ini.Moga tahun nie lebih baik dari tahun sebelum nya dan kita cuba mengisi masa lapang dengan benda-benda yang menambahkan pahala untuk kita..
Bulan puasa memang bulan yang paling sibuk untuk Kak Sue dan suami kerana tiap-tiap hari berniaga dan menyiapkan tempahan dari para peniaga dan pelanggan untuk Pati Kelapa Laut dan berniaga di Pasar Ramadhan..
Seawal pagi Abang Man dah membuat panggilan ke Pasar Borong untuk menempah isi kelapa laut yg di tempah dari Thailand melalui penghantaran dari lori-lori yang datang dari sana.Lepas tu pulak mengambil dan mengantar pada peniaga yang menempah.Dah selesai penghantaran semua,menyiapkan pula bahan-bahan untuk berniaga di Pasar Ramadhan pula.
Kami blender buah-buahan untuk air buah yang kami sediakan di gerai niaga kami.Di gerai kami juga ada menyediakan air Kelapa Laut panas.Hanya di bulan puasa aje kami menyedikan Kelapa Laut Panas nie,selalu nya lepas je solat asar bergerak le kami ke tapak niaga.
Maka bermula lah dengan rutin biasa kami,perlu siapkan bungkusan gula,bancuh air dan pastikan tapak niaga kemas dan bersih.Pick hour kami dalam pukul 5.30 petang,masa tu memang sibuk sangat,kalau handphone berbunyi memang tak dapat nak jawab la waktu tu sampai la nak berbuka..
kdg2 waktu berbuka pun masih ada yg dtg membeli..dah selesai berbuka cepat2 mengemas dan pasti tapak niaga juga berada dlm keadan kemas dan bersih dan terus cepat2 blk nak kejar sola
terawikh..nasib baik umah dekat je..ehehehe..begitu la rutine kami suami isteri setiap hari...di bulan Ramadhannn...

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Karamel Kek Pelangi

9:16:00 AM Kak Sue 2 Comments


Assalamualaikum,Selamat Pagi semua selalu tak sempat aje nak meng upload gambar dan mengedit blog nie..dan seperti biasa jugak alasan nye busy memanjang mengalahkan bisnes besar-besar pulak so mari kita tengok resepi di bawah yang Kak Sue ambik dari Page Dapur KakZu kat FB.

~Karamel Kek~
Bahan2 nya:
Gula Hangus~2-4 sudu gula jadikan gula hangus,ratakan pada seluruh loyang

Bahagian Karamel(bahagian atas)
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
~kacau sebati dan perlahan

Lapisan kek A
140 gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 kuning telur
135 ml air
45 ml minyak
1 sudu teh baking powder
Cara2nya:
1. Putar telur,air minyak dan gula hingga kembang
2. Masukkan tepung yg di campur baking powder~gaul sebati
3. Biarkan sebentar

Merigue(B)
6 telur putih
70 gram gula kastor
1 sudu teh krim tar2
~pukul hingga kembang tak menitis ye~

~Campurkan A dan B kaedah kaup balik~gaul sebati

1.Masukkan karamel dalam loyang
2.Masukkan bancuhan kek yg telah di warnakan(sue bahagikan 3 @ 4 warna)
3.Masukkan bacuhan kek tu secara berselang seli
4.40minit pertama guna api bawah ye,dan 15 minit lagi api atas dan bawah
5.Bakar kek kaedah double boil~masukkan air dlm bekas lain sebelum masukkan loyang kek dlm bekas tu
6.Bakar pada suhu 150C~bergantung pada suhu oven masing2..

~Selamat mencuba,Papai...~


                                                     

2 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Bubur Nasi

9:55:00 PM Kak Sue 3 Comments

                                               
Assalamualaikum..hari nie masak simple ja..mmg dari semalm dok terigin nak makan bubuq nasi nie..anak pun suka jugak..masak pun jap ja..yg nie pun kl masak berulang depa makan..letak sayuq banyak2..tu yg depa suka tu..rasa nya semua org tau kan masak bubuq nasi nie simple jaaa kan..tapi takpe lah saya boh la jugak resepi nya kat bawah nie ya..ehehe..

~Bubur Nasi~
Bahan2 nya:
1 1/2 pot beras~rendam dlm sejam
2 kiub stok ayam
200 gram ikan bilis
sayur-sayuran ikut selera masing2
cili padi~di potong2 kecil
kicap manis

Cara2nya:
1.Masak nasi sehingga betul lembut~dlm 1 1/2 jam
2.bila dah mendidih masukkan stok ayam dan gaul rata..tutup api
3.sayur tu boleh la di rebus biasa @ di buat sup sayur
4.Goreng ikan bilis hingga garing
5.potong cili padi kecil2..gaul dgn kicap

~siap dah~boleh lah di hidangkan..Selamat Mencuba~

3 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Spaghetti Bolognese

9:32:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua kekawan..sebenarnya buat nie dah lama tapi tak menyempat nak up date kat blog nie.Anak-anak Kak Sue memang suka dengan Spaghetti Bolognese nie.Kalau Kak Sue masak berulang depa makan tak jemu-jemu.Rasa seronok tengok anak-anak berselera makan.Jom kita tengok resepi Spaghetti Bolognese nie ya..

resepi spagetti bolognise
Spageeti Bolognise

Resepi Spaghetti Bolognese

Bahan-bahan :
1 bungkus spagetti
1 peket daging kisar(Kak Sue beli Ramlee Burger punya tu)
2 tin sos preego
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
minyak masak
pasleey flake
sayur-sayuran mengikut citarasa masing2

Cara - caranya :
1. Bawang putih dan bawag besar tu diricik halus
2.Tumis bawang hingga kekuningan
3.Masukkan sos tomato preego
4.Masak hingga sos cukup masak dan masukkan daging cincang
5.Biarkan mendidih hingga daging masak dan empuk

Cara masak spagetti:
1.Didihkan air - masukkan 2,3 titis minyak
2.Masukkan spagetti dalam 2,3 minit dan tos kan
3.Sayur pun celur sekejap je
Boleh lah di hidangkan,selamat mencuba ya

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.