Snow Puding

September 21, 2012

Assalamualaikum..semenjak dua menjak nie cuaca tak menentu,kejap panas..kejap hujan..,kalau tak betul2 jaga mau terganggu jugak kesihatan kita kan..ptg tadi Shu rasa nak mencuba pulak resepi yg dah lama simpan,mula2 buat dulu tak menjadi..cuba lagi kali ni Al'dullilah..boleh la tahan,tak le seperti kejadian tuan empunya resepi Azliza Aziz kita tu..cantik dan kemas aje kalau buat apa2 resepi..salah sorang idola jugak tu..tanpa meleret2 lagi jom la kita tgk resepi nya ye..



Snow Puding
Resepi Asal : Azlita Aziz
Bahan2nya:
Lapisan Susu
4 gram agar2 serbuk
50 gram gula
200ml susu segar
175ml whiping cream
1~2 titik esen vanila

Lapisan Strawberry
4 gram agar2
250gram strawberry
75gram gula
75ml air
1 biji putih telur
sedikit pewarna pink

Lapisan Coklat
4 gram agar2
65 gram gula
25 gram serbuk koko
375ml susu segar
1 biji kuning telur
sedikit coklat emulco

*beberapa biji strawberry di hiris untuk hiasan*

Caranya~
Sediakan loyang berukuran 8 inchi
Bilas loyang dng air
Potong buah strawberry kepada kepingan
Susun pada dasar loyang
Alas dasar loyang dgn buku latihan di sebelah bahagian saje,utk sengetkan kedudukan loyang

Cara membuat~Lapisan Susu
Dalam periuk kecil satukan susu segar,serbuk agar2 dan esen vanila.Kacau rata
Panaskan api sederhana,tambah gula kacau hingga larut
Matikan api.Tambah whping cream dan kacau rata
Tuang dalam loyang dan biarkan mengeras

Cara membuat~Lapisan Strawberry
Blender kan buah strawberry dengan sedikit pewarna pink dan air hingga hancur
Satukan jus strawberry dengan agar2 dan gula,masak atas api perlahan hingga aduan melarut
Kemudian matikan api
Dalam bekas lain yg kering,putar putih telur sehingga kental dan kaku
Ambil sedikit agar2 dan tuang dalam putih telur sambil terus memutar
Kemudian tuangkan adunan putih telur dalam baki adunan agar2 strawberry.Kacau rata
Alihkan kedudukan buku pada bahagian sebelah pula
Tuangkan adunan perlahan dia atas lapisan susu tadi
Mulakan bahagian tepi loyang,biarkan mengeras

Cara membuat~Lapisan Coklat
Dalam periuk kecil satukan susu segar,agar2 dan gula masak atas apai perlahan sehingga larut
Dalam cawan kecil larutkan serbuk koko dengan sedikit air panas
Kemudian masukkan larutan koko ke dalam adunan agar2
Pukul sedikit kuning telur,ambil sedikit adunan agar2 coklat dan tuangkan ke dalam kuning telur
Kacau rata,tuang kembali adunan kuning telur yang bercampur agar2 coklat tadi ke dalam baki agar2 tadi
Tambah coklat emulco dan kacau rata
Tarikkan lapisan buku latihan tadi,biarkan loyang dalam kedudukan rata
Dengan perlahan tuangkan adunan coklat atas lapisan strawberry tadi
Mulakan bahagian tepi loyang
Guna sudu untuk menuang
Biarkan puding sejuk dan menggeras,simpan dalam peti ais untuk rasa dingin


~Selamat Mencuba~








You Might Also Like

2 ulasan

Terima kasih sudi singgah dan komen.. datang lagi ya ❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.