Kek Velvet Hawflakes

1:14:00 PM Kak Sue 1 Comments



Assalamualaikum,hari nie Shu nak share resepi kek Velvet Hawflakes yg shu jumpa masa dok merayau kat blog..ingatkan apa la Hawflekes tu rupanya asam yg keping2 bulat tu..ehehe..so tanpa buang masa meh kita tgk resepi nya yg simple je kat bawah nie ye..

Bahan2nya:
Bahan A
5 biji telur
220 gram tpg gandum
1 sudu besar ovellte
secubit garam
*semua di pukul sehingga kembang berkrim ye *

Bahan B
1 sudu teh baking powder
220 gram tpg gandum

Bahan C
150ml susu segar
100ml minyak masak

Masukkan bahan B dan C secara berselang seli ke dalam bahan A
Bahagikan bancuhan ke beberapa bahagian dan letak warna serta paste yg di sukai
Kukuk selapis demi lapis~letak sesenduk dan susun hawflakes dan kukus
Setiap lapis di kukus 7- 10 minit~ulang sehingga habis adunan
Lapisan terakhir kukus lebih lama iaitu 20-25 minit..

~Selamat Mencuba~

1 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kek Marble Cheese Brownies

1:12:00 PM Kak Sue 0 Comments



Assalamualaikum~Selamat ptg hari nie Shu share resepi Kek Marble Cheese Brownies yg Shu mabik dari resepi Dapur KakZu..rupanya simple jugak resepi dan mudah nak buat serta nak cari brg2 utk kek nie..kebetulan anak darak Shu paling suka rasa Kek nie..sampai selalu mintak di buat..lps di promote ke sekolah pada Cikgu2 dan kawan2 nya..so buatlah la jugak untuk di jualkan ke sekolah..Al'dullilah mendapat sambutan la jugak..ehehe..jadi skang meh la kita semua tgk resepi nya ye..

Bahan2:
250 gram butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur
1 1/2 cwn gula kastor
1 1/2 cwn susu cair(Shu letak 1/2 cwn je)
1 1/2 cwn tpg gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikabonat
1 tsp esen vanila

Caranya:
Cairkan butter dan masukkan serbuk koko.Kacau rata
Handwish gula dan telur kacau sebati
Masukkan adunan telur kedalam adunan butter dan koko tadi
Masukkan susu cair
Akhir sekali masukkan esen vanila dan tpg yg telah di ayak tadi
Panaskan oven pada suhu 175c(Shu guna suhu 150c aje)
Alas loyang dan sapu pada kertas minyak dan biar berjuntai sikit supaya senang nak tarik kek nanti
Bakar 20 minit dgn menggunakan api atas bawah

*simpan sikit adunan utk proses melorek*

Bahan2 utk lapisan Cheese:
250 gram cheese(Shu guna tatura cheese je)
1 cawan gula kastor
1 bijik telur

caranya:
Putar cream cheese dan gula hingga kembang
Masukkan telur dan putar lagi
Keluarkan Kek dari oven dan letakkan adunan cheese dan ratakan
Lorekkan dgn menggunakan lebihan adunan kek tadi
Bakar selama 20-30 minit lagi


~Selamat Mencuba~




0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kelapa Laut Man Java

3:25:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,Salam Sejahtera semua.Air minuman Kelapa Laut Man Java dan juga Kedondong Asam Boi Man Java sedia untuk di minum.Produk kami tanpa bahan pengawet dan seratus peratus dari bumiputera.Masih jauh perlu di lalui..







0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pati Kelapa Laut Man Java | Promosi Gerai

3:19:00 PM Kak Sue 0 Comments


Gerai Promosi Agrofest di Shah Alam~Kami telah di beri kesempatan untuk mempromosi Pati Kelapa Laut Man Java pada hari ini.Semoga peluang untuk memperkembangkan lagi produk kami terbuka luas selepas ini dan mendapat tempat di hati pihak lain.Kami sedang berusaha mendapatkan bantuan dan sokongan dari pihak Jabatan Pertanian dan beberapa pihak lain untuk sokongan  bagi memperkembangkan lagi produk kami ini.Di harap anda semua dapat menyokong produk kami,produk pertama orang melayu Kelapa Laut Man Java.Terima kasih tak terhingga jugak untuk sahabat kami yang telah di anggap seperti keluarga,Ku Fendi yang sentiasa menolong dan memberi sokongan kepada kami.Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan sentiasa memberkati segala usahakan.Sokonglah produk melayu..semangat!!








0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Pecal Ibu MertuaKu Terbaik

2:50:00 PM Kak Sue 0 Comments

Pecal ready made oleh Mak Mertua Kak Sue~tumbuk pakai lesung kayu lagi hokay,tak ada pakai blender bagai.Balik rumah tinggal bancuh dengan air suam aje,untung kannnnn.Mak Mertua Kak Sue memang rajin masak makan untuk anak menantu dan cucu-cucunya,kalau tau apa makanan yang menjadi kegemaran anak menantu dan cucu-cucunya,setiap kali balik kampong ada je yang di bekalkan bawak balik.Memang jenis rajin dan tak pandai dok diam,ada aje yang nak di buatnya.Terima kasih Mak..

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Kari Ikan

2:46:00 PM Kak Sue 0 Comments



Assalamualaikum,kari..memang pebret anak2 dan suami..kalau buat kari bertambah2 le depa makan..resepi pun ikut resepi sendiri je..main campak2 je..meh kita ikut resepi dia bawah nie..

~Kari Ikan~
bahan2nya
2 potong ikan(ikut selera masing2 ye)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cawan asam jawa
1 peket serbuk kari
1 kotak santan
garam secukup rasa
daun kari
minyak utk menumis

Cara2nya
bawang di hiris halus utk menumis(utk di tumbuk asingkan)
Tumiskan bawang dan daun kari hingga naik bau
Masak hingga pecah minyak
Masukkan campuran asam jawa,bawang dan serbuk kari(semua bahan nie di gaul sekali)
Masukkan santan,di kacau supaya tak pecah minyak
Masukkan ikan dan akhir sekali masukkan kacang bendi

*kacang bendi tu di rebus sekejap dgn minyak supaya kekal dgn warna hijau ye*

~Selamat Mencuba~




0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

Resepi Sup Kaki Ayam

2:44:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum,Nie Kesukaan sekeluarga sup kaki ayam bersayuq~kalau masak sup kaki ayam nie bertambah2 anak2 makan..letak plk sayur banyak2..pakat ratah mcm tu aja..Al'dullilah anak2 saya mmg gemar makan sayur dan buah buahan..kl masak sayur tu kena banyak kl tak,tak cukup le nanti..dulu saya mmg tak makan sup kaki ayam nie,tapi semenjak kawin ngan org jawa nie..semua saya makan..ehehehe..jom tgk resepi nya simple aje..

Sup Kaki Ayam
Bahan-bahan :
1/2 kilo kaki ayam(diptg dan di cuci bersih serta rendam dlm tpg utk hlgkan hanyir)
4 ulas bwg merah
3 ulas bwn putih
1 kiub pait ayam knorr
1 sup bunjut
sayur-sayuran mengikut kesukaan la ye
sedikit daun sup dan garam

Cara-caranya :
~rebus dulu kaki ayam tu sehingga lembut~
1.tumis bawang 2 tadi yg telah di blender
2.agak kekuningan dan naik bau..masukkan air
3.bila mendidih masukkan kaki ayam
4.masukkan sayur-sayuran tadi lepaskan masukkan kiub dan sup bunjut
5.letak garam secukup rasa...siap!!

~Selamat Mencuba~

0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

My Dearset

4:10:00 PM Kak Sue 0 Comments

Assalamualaikum semua,Ateh merupakan adik yang paling rapat dan sentiasa memahami Kak Sue.Sentiasa ada ketika susah,senang dan sentiasa memberi nasihat ketika Kak Sue memerlukan.Love you Ateh..


0 ulasan:

Terima kasih sudi singgah dan komen..datang lagi ya :)

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di skabdy@yahoo.com

[PENAFIAN] www.shuhaidakabdy.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.